ARTIKEL

Indonesia sekat pelawat Itali, Iran dan Korea Selatan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

JAKARTA: Indonesia turut menguat kuasa sekatan sementara pelawat dari beberapa wilayah melibatkan tiga negara iaitu Itali, Korea Selatan dan Iran ke Indonesia susulan status semasa penularan virus Covid-19, menurut laporan Bernama.

Menteri Luar Indonesia Retno Marsudi berkata sekatan itu melibatkan wilayah Lombardy, Marche, Emilia Romagna, Veneto, dan Piedmont di Itali; Daegu dan Gyeongsan di Korea Selatan serta Tehran, Gilan dan Qom di Iran.

“Sekatan itu bermula 8 Mac ini dan ia bersifat sementara serta dievaluasi sesuai perkembangan (semasa),” menurutnya dalam kenyataan hari ini.

Pada 2 Mac lepas, Indonesia, yang mempunyai penduduk lebih 270 juta, turut tersenarai sebagai negara dijangkiti virus itu selepas dua rakyatnya berasal dari Depok (kota berhampiran Jakarta) disahkan positif Covid-19.

BERITA LAIN

Buli siber beri kesan serius kepada kehidupan mangsa

BERLIN: Menteri-menteri Dalam Negeri negeri-negeri Persekutuan Jerman sedang meneliti sama ada untuk memperkenalkan kesalahan jenayah berasingan bagi pembulian siber, lapor agensi berita Jerman (dpa). Cadangan

BERITA TERBARU