ARTIKEL

Indonesia, Singapura tunjuk taring

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Pertembungan wakil daripada 1DV A dari Sarawak dengan wakil kelab PSU dari Indonesia membuka tirai Kejohanan Tinju Terbuka Sarawak 2024, malam tadi.

Aksi pertama perlawanan kategori flyweight 51 kg berlangsung sengit dengan menyaksikan kedua-dua petinju memberikan aksi terbaik mereka pada babak awal.

Kepantasan Duta Fadillah Simatupang menjadi kelebihan buat wakil dari kelab PSU itu untuk menumpaskan Muhammad Amirul Zakwan Muhammad Zaki pada pusingan pertama.

Sementara perlawanan menyaksikan saingan sengit antara wakil Singapura, Jayson Kuniswaran dan Nur Ajmal Izzudin Razali dari 2DV B.

Perlawanan yang berlangsung secara dua pusingan itu bagaimanapun memihak kepada wakil Singapura, sekali gus menyaksikan dua wakil Angkatan Tentera Malaysia (ATM) tumpas pada awal perlawanan.

Hari pertama kejohanan dijadual melangsungkan 12 perlawanan, dengan perlawanan terakhirnya menyaksikan pertarungan kategori berat 63.5 kg.

Kejohanan edisi ke-3 kali ini merekodkan jumlah penyertaan teramai iaitu seramai 251 orang peserta termasuk dari luar negara.

BERITA LAIN

Lariwoo Vet FC pertahan gelaran juara

SEBUYAU: Kehebatan pasukan Lariwoo Vet FC nyata sukar ditandingi apabila berjaya merangkul gelaran juara dalam Kejohanan Bola Sepak Veteran Terbuka Kampung Sebangan 2024, Piala Ahli

BERITA TERBARU

Boleh kritik kerajaan tetapi ada had dalam isu 3R

KUALA LUMPUR: Walaupun kritikan terhadap kerajaan dibenarkan di Malaysia, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengaku terdapat had kepada kebebasan media, terutamanya berkaitan perkara sensitif

Keterangkuman sosial POSKOM selari dengan PCDS 2030

SIBU: Program Outreach – Santuni Komuniti (POSKOM) yang diperkenalkan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat Sarawak (JKMS) adalah selari dengan Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 (PCDS) 2030. Ahli