ARTIKEL

Indonesia: Tanah runtuk di Jawa Barat ragut 2 nyawa

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JAKARTA: Sekurang-kurangnya dua orang maut dalam kejadian tanah runtuh di daerah Subang di wilayah Jawa Barat berikutan hujan lebat pada Ahad, lapor Xinhua.

Dalam satu kenyataan pada Selasa, Badan Nasional Pengurusan Bencana Indonesia (BNPB) berkata seramai 80 penduduk kampung turut dipindahkan.

BNPB berkata seramai 11 orang yang cedera dalam kejadian itu telah dibenarkan pulang ke rumah selepas menerima rawatan di hospital.

Tanah runtuh itu merosakkan beberapa bangunan, kolam memancing ikan dan sawah padi.

Pasukan penyelamat bersama telah membina pusat gerakan operasi untuk mengurangkan kesan bencana selain menyediakan makanan dan bekalan lain untuk mangsa yang dipindahkan.

Badan Meteorologi Klimatologi dan Geofisika (BMKG) Indonesia mengumumkan hujan lebat diramal di Subang pada Selasa.

BNPB menyeru orang ramai supaya sentiasa berwaspada terhadap sebarang kemungkinan. – BERNAMA

LAIN-LAIN BERITA

Kod etika garis panduan pengamal media

JAKARTA: Kod etika yang dilancarkan hari ini menjadi petunjuk dan garis panduan bagi pengamal media menjalankan tugas mereka.  Presiden Ikatan Setiakawan Malaysia-Indonesia Ashwad Ismail berkata,

Houti serang dua kapal AS di Teluk Aden

Jurucakap pasukan Houthi pada Isnin, 19 Februari 2024, mendakwa pasukan mereka menyerang dua kapal AS di Teluk Aden. Salah satu serangan merosak kapal yang sedang

BERITA TERBARU

Suasana hiba di kediaman Tun Taib

KUCHING: Suasana hiba dan sayu menyelubungi persekitaran kediaman Allahyarham Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud, petang ini. Keadaan cuaca mendung turut seakan-akan turut berduka dengan