ARTIKEL

Kredit: Naval Group | BERNAMA

Indonesia tempah dua kapal selam dari Naval Group dan PT PAL

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JAKARTA: Indonesia menandatangani perjanjian pada 28 Mac untuk membeli dua kapal selam Scorpene Evolved Full Lithium-Ion (LiB) daripada Naval Group, Perancis dan PT PAL, syarikat pembinaan kapal terbesar di Indonesia.

Kapal selam itu akan dibina di Indonesia di limbungan kapal PT PAL, menggunakan pemindahan teknologi daripada Naval Group dan menggunakan sepenuhnya aset PT PAL.

Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif Naval Group Pierre Éric Pommellet melahirkan keyakinan terhadap pilihan Indonesia, sambil menyatakan potensi kapal selam itu untuk memperkukuh kedaulatan maritim negara berkenaan.

“Kerjasama strategik kami dengan PT PAL juga akan menyokong industri pertahanan Indonesia untuk secara aktif mempersiapkan masa depan peperangan tentera laut di negara ini,” katanya dalam satu kenyataan, Selasa.

Presiden PT PAL Dr Kaharuddin Djenod memuji komitmen kerajaan Indonesia untuk memajukan teknologi pertahanan kejuruteraan tempatan, terutamanya dalam teknologi kapal selam.

“Pada masa akan datang, Indonesia dijangka mampu menguasai teknologi kapal selam,” katanya.

Selain daripada dua kapal selam Scorpene Indonesia, Naval Group mempunyai 14 unit lain yang beroperasi atau sedang dalam pembinaan di seluruh dunia, termasuk untuk Tentera Laut Chile, Tentera Laut Malaysia, Tentera Laut Brazil dan Tentera Laut India.

Baca lain  Jerman tamatkan era nuklear

Kapal selam Scorpene Evolved mempunyai ciri-ciri untuk meningkatkan keupayaan maritim, dengan anjakan permukaan 1,600 hingga 2,000 tan dan kelajuan tenggelam lebih 20 knot.

Dengan 31 kru dan sistem senjata canggih, ia memastikan ketersediaan operasi di laut selama lebih dari 240 hari setahun. — BERNAMA

BERITA LAIN

Banjir lahar sejuk landa Jawa Timur

JAKARTA: Sekurang-kurangnya 32 keluarga di Lumajang, Jawa Timur dipindahkan secara sukarela ke kawasan lebih selamat susulan limpahan banjir lahar sejuk yang dicetuskan Gunung Semeru pada

Indonesia terus berjaga-jaga

TAGULANDANG: Pihak berkuasa Indonesia terus mengambil langkah berjaga-jaga pada Jumaat, memandangkan lebih banyak letusan susulan gunung berapi pulau terpencil itu yang memaksa ribuan orang dipindahkan

BERITA TERBARU