ARTIKEL

Indonesian military personnel load food items onto a ship as they head to the island near Mount Ruang volcano at the port in Manado, North Sulawesi, on April 18, 2024. Indonesian rescuers raced to evacuate thousands of people on April 18 after a volcano erupted five times, forcing authorities to close a nearby airport and issue a warning about falling debris that could cause a tsunami. (Photo by Ronny Adolof BUOL / AFP)

Indonesia terus berjaga-jaga

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

TAGULANDANG: Pihak berkuasa Indonesia terus mengambil langkah berjaga-jaga pada Jumaat, memandangkan lebih banyak letusan susulan gunung berapi pulau terpencil itu yang memaksa ribuan orang dipindahkan minggu ini.

Penduduk berhampiran bagaimanapun mula melakukan pembersihan selepas batu cair itu menghujani kampung mereka.

Gunung Ruang meletus hampir enam kali dalam tempoh 24 jam, bermula lewat Selasa, memuntahkan campuran lahar jingga berapi, kepulan tebal abu yang menjulang tinggi di langit dan berlatarbelakangkan petir.

Walaupun pegawai mengatakan Ruang mula tenang pada Jumaat, namun pihak berkuasa mengekalkan tahap amaran tertinggi bagi sistem empat peringkat, yang menunjukkan aktiviti gunung berapi masih tinggi.

Beratus-ratus penduduk tempatan di pulau Tagulandang yang berjiran dilihat membersihkan sisa-sisa gunung berapi dari pelabuhan dan halaman mereka pada pagi Jumaat dengan bantuan tentera dan pegawai polis, menurut seorang wartawan AFP.

Ada yang menceritakan pengalaman panik mereka dan bergegas menyelamatkan diri apabila letusan bermula.

“Saya berpindah di sebuah rumah dan tinggal di sana.

Kemudian hujan turun dan ketulan batu berjatuhan. Saya berdoa kepada Tuhan,” kata Ninice Hoata, seorang guru berusia 59 tahun.

Asap putih berintensiti sederhana hingga tinggi dilihat berkepulkepul sehingga 100 meter di atas kawah, menurut Jurucakap Badan Pengurusan Bencana Negara, Abdul Muhari dalam satu kenyataan.

Penduduk lain turut merayu untuk mendapatkan lebih banyak bantuan.

“Kami amat memerlukan bantuan kain terpal secepat mungkin, bagi menutup sementara bumbung yang bocor,” kata seorang penduduk Tagulandang, Herman Sahoa, 64.

“Kami bimbang ada letusan susulan,” katanya.

Di tempat lain, kelihatan banyak kediaman yang kosong, selain bekalan elektrik terputus di beberapa bahagian pulau itu, kata wartawan di lapangan.

Pada Khamis, pegawai mengatakan komunikasi terputus di Ruang dan Pulau Tagulandang, yang menempatkan sekitar 20,000 penduduk.

Lebih 6,000 penduduk Tagulandang turut dipindahkan ke seberang Pulau Joikson Sagunde, yang menghadap jauh dari kawah, kata seorang pegawai dari agensi pengurusan bencana Pulau Sitaro, memberitahu AFP.

BERITA LAIN

17,034 warga emas Jepun meninggal sendirian

TOKYO: Satu tinjauan terkini oleh Agensi Polis Kebangsaan Jepun (NPA) menunjukkan bahawa 17,034 warga emas yang tinggal bersendirian meninggal dunia di rumah di seluruh negara

UAE sumbang bantuan 100 tan makanan, perubatan

ABU DHABI: Emiriah Arab Bersatu (UAE) pada Sabtu menghantar pesawat bantuan pertama yang membawa 100 tan makanan, perubatan dan bantuan kemanusiaan untuk membantu mangsa banjir

Singapura tingkatkan langkah keselamatan

SINGAPURA: Singapura meningkatkan langkahlangkah keselamatan, termasuk di pusat pemeriksaan negara, susulan serangan di Balai Polis Ulu Tiram, Johor, pada Jumaat yang mengorbankan dua anggota polis

BERITA TERBARU