ARTIKEL

Indonesia's President Joko Widodo (R) shakes hands with East Timor's Prime Minister Xanana Gusmao during a press conference at the Bogor Palace in Bogor, West Java on January 26, 2024. (Photo by Adek BERRY / AFP)

Indonesia, Timor-Leste bincang penyelesaian sempadan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

JAKARTA: Pemimpin Indonesia dan Timor-Leste mengumumkan komitmen mereka untuk menyelesaikan rundingan sempadan antara keduadua negara, selain mempergiat kerjasama dalam bidang ekonomi dan teknologi maklumat.

Presiden Indonesia, Joko Widodo atau Jokowi menyambut baik pengaktifan semula jawatankuasa sempadan, khususnya menekankan berkenaan pengembalian semula titik lintasan sempadan untuk pengurusan sempadan lebih baik.

Kenyataan bersama itu dibuat hasil pertemuan di Istana Bogor di Jawa Barat, sempena lawatan rasmi Perdana Menteri Timor-Leste, Kay Rala Xanana Gusmao.

Gusmao, yang memperakui usaha pasukan perunding dalam perjanjian dua hala itu, menyuarakan keyakinannya untuk mencari penyelesaian masa depan dalam isu sempadan antara kedua-dua negara.

“Penyelesaian sempadan maritim dengan Indonesia penting dalam mengukuhkan kedaulatan kedua-dua negara kami,” katanya.

Selain isu sempadan, keduadua pemimpin itu bersetuju untuk meningkatkan kerjasama dalam bidang ekonomi dengan menggalakkan iklim pelaburan yang lebih kondusif melalui pelaksanaan perjanjian perlindungan pelaburan.

“Saya menghargai kepercayaan Timor-Leste terhadap perusahaan milik Kerajaan Indonesia dalam pelbagai projek, seperti pembinaan jalan raya di Oecusse dan pembesaran Lapangan Terbang Antarabangsa Dili,” kata Jokowi.

“Selain itu, pemeteraian memorandum persefahaman bagi kerjasama teknologi maklumat juga merupakan satu lagi langkah penting,” katanya.

Perjanjian itu memudahkan kerjasama dalam infrastruktur telekomunikasi yang meliputi pelan pelaburan dalam gentian optik.

Dalam pertemuan itu juga, kedua-dua pemimpin turut membincangkan isu Myanmar dan bersetuju menyokong kepimpinan Laos selaku pengerusi ASEAN tahun ini terutama dalam mempromosi pelaksanaan Konsensus Lima Perkara untuk kestabilan dan pembangunan rantau itu.- Bernama

BERITA LAIN

Norway tutup sempadan kepada pelancong Rusia

OSLO: Norway pada Khamis berkata, ia menutup sempadannya kepada pelancong Rusia, menutup akses terakhir mereka ke kawasan Schengen tanpa sempadan Eropah. Sehingga 29 Mei, kebanyakan

Mokhber presiden sementara

TEHRAN: Pemimpin Tertinggi Revolusi Islam Iran Ayatollah Seyyed Ali Khamenei mengisytiharkan selama lima hari tempoh berkabung awam berikutan kematian Presiden Ebrahim Raisi dan rombongannya dalam

Periksa syarikat produk rempah tercemar

MUMBAI: Lembaga rempah kerajaan India telah melakukan pemeriksaan kilang ke atas dua syarikat pengeluar rempah terkemuka berikutan larangan asing susulan tuduhan beberapa produk telah dicemari

Sekolah di Pakistan ditutup 7 hari

ISLAMABAD: Berikutan peningkatan suhu dan gelombang haba di wilayah Punjab, timur Pakistan, semua sekolah awam dan swasta akan ditutup selama tujuh hari dari 25 hingga

BERITA TERBARU

Nikmati tawaran bermusim HONOR Magic

KUCHING: Berikutan permintaan tinggi HONOR Magic6 Pro dalam warna unggu awan (cloud purple), HONOR bakal membawakan varian tersebut dan pembelian bermula pada 31 Mei ini.

JINYOUNG tandatangan kontrak eksklusif

BEKAS AHLI B1A4, Jinyoung secara rasmi menandatangani kontrak ekslusif dengan Management Run. Management Run meluahkan perasaan gembira dan terujanya untuk bekerjasama dengan Jinyoung. Mereka terus

Topi ANTI MENIRU

BARU-BARU ini, tular di aplikasi TikTok apabila pengguna @angeloebora1 berkongsi situasi peperiksaan di sebuah sekolah dipercayai di Filipina. Video tersebut melihatkan pelajar memakai topi buatan

Norway tutup sempadan kepada pelancong Rusia

OSLO: Norway pada Khamis berkata, ia menutup sempadannya kepada pelancong Rusia, menutup akses terakhir mereka ke kawasan Schengen tanpa sempadan Eropah. Sehingga 29 Mei, kebanyakan