ARTIKEL

KIRAAN UNDI… Petugas KPU mengira undi bagi proses Pemilu 2024 di pusat pengiraan undi awal di WTC Kuala Lumpur pada Februari lalu.

Indonesia umumkan keputusan rasmi pilihan raya di 33 wilayah

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JAKARTA, Indonesia: Suruhanjaya Pilihan Raya Umum (KPU) Indonesia telah mengumumkan keputusan rasmi pengiraan undi bagi Pilihan Raya Umum (Pemilu) 2024 di 33 daripada 38 wilayah, lapor Agensi Berita Xinhua. 

“Jawa Barat, Papua, Papua Pegunungan,  Barat Daya Papua, Maluku adalah antara wilayah yang belum diumumkan,” kata Pengerusi KPU,  Hasyim Asy’ari, lewat Ahad.

Keputusan pengundian semula Pemilu yang dilaksanakan di ibu negara Malaysia, Kuala Lumpur, dari 9 hingga 10 Mac lepas juga akan diumumkan.

Indonesia mengadakan Pemilu 2024 pada 14 Februari lalu untuk memilih wakil badan perundangan pada peringkat nasional dan wilayah selain memilih Presiden dan Naib Presiden Negara.

Satu gandingan calon bagi jawatan Presiden dan Naib Presiden adalah  Anies Baswedan, bekas Gabenor Jakarta, bersama Muhaimin Iskandar, bekas Menteri Tenaga Kerja dan Transmigrasi.

Gandingan calon lain adalah Menteri Pertahanan, Prabowo Subianto, bersama Datuk Bandar Solo yang juga anak sulung Presiden Joko Widodo, Gibran Rakabuming Raka, dan bekas Gabenor Jawa Tengah, Ganjar Pranowo, bersama bekas Menteri Koordinator Bidang Politik, Hukum, dan Keamanan, Mahfud MD.

Baca lain  Banjir di selatan Thailand: Hampir 60,000 keluarga terjejas

Keputusan rekapitulasi pada peringkat wilayah menunjukkan gandingan Prabowo-Gibran mendahului dengan  76,888,902 undi, diikuti Anies-Muhaimin dengan 31,118,204 undi dan Ganjar-Mahfud di belakang dengan 23,461,344 undi. – BERNAMA-XINHUA

BERITA LAIN

Inilah negara sekutu Iran

Siapa saja negara sekutu yang menyokong Iran? Lubnan: Terdpat proksi syiah Garda Revolusi Iran (IRGC) bernama Hizbullah menyokong Iran. Hizbullah berdiri sejak 1982 menjadi proksi

BERITA TERBARU

Bacaan IPU Sarawak baik, sederhana

KUCHING: Indeks Pencemaran Udara (IPU) di seluruh Sarawak menunjukkan bacaan baik dan sederhana serta tiada bacaan tidak sihat direkodkan susulan letusan Gunung Ruang di Sulawesi