CENTEXS tawar empat program latihan Tenaga Hijau

Trending

Industri Kraf Sarawak

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
E-mel

MINGGU lalu Dun Sarawak meluluskan Rang Undang-Undang (RUU) Majlis Kraf Sarawak 2023.

Ia menjadi asas penting kepada pembentukan organsasi dalam Majlis Kraf Sarawak.

Tahniah kepada Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah yang membentang RUU tersebut, serta dibahaskan 19 Adun.

Sejak ditubuhkan kira-kira 26 tahun lalu, majlis tersebut tidak memiliki aspek perundangan yang membolehkannya memperoleh peruntukan dana bagi pemerkasaan industri kraf negeri.

Maka selepas 26 tahun, industri kraf Sarawak dijangka mengalami gelombang perubahan yang besar.

Komitmen ini sekali gus membuktikan Kerajaan Sarawak serius mempertahan dan memelihara krafnya.

Yang jelas, RUU ini mewujudkan platform lebih kukuh kepada industri kraf.

Untungnya rakyat Sarawak terutama mereka yang aktif.

Dijangkakan, usaha Sarawak ini menjadi galakan kepada masyarakat untuk mengembangkan kraf Sarawak.

Kalau bukan Sarawak sendiri, siapa lagi yang akan memperjuangkan keunikannya.

Menurut Akta 222 – Akta Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia (1979), kraf didefinisikan sebagai barangan yang dihasil menggunakan kemahiran tangan, dikeluarkan dengan atau tanpa menggunakan alat atau peralatan mudah yang dijalankan secara sendiri atau tidak langsung oleh pengusaha kraf.

Baca lain  Belanggar Mija

PEMBOLEH UBAH PENTING

Memetik kata Karim selepas sidang media pembentangan RUU, penting memastikan industri kraf Sarawak lebih berjaya.

Seterusnya, berkembang maju dan mampu bersaing sehingga ke peringkat global.

“Kami percaya Majlis Kraf Sarawak menjadi pemboleh ubah penting.

“Fokus utama merealisasikan sepenuhnya potensi industri kraf Sarawak sekali gus menyumbang kepada keseluruhan pembangunan sosioekonomi negeri,” katanya.

Oleh kerana peranan unik majlis tersebut nanti yang menjadi pelengkap kepada kraf tangan Malaysia, ia akan memfokuskan mengenai keperluan dan aspirasi industri kraf Sarawak.

Industri ini harus diperkasa secara berterusan ekoran jualannya yang memberangsangkan.

Malah mampu memberikan pulangan lumayan kepada negeri khususnya untuk penduduk pedalaman.

Misalnya tahun lalu, jualan industri kraf tangan di Sarawak mencecah RM22 juta.

Kerajaan percaya, jika Majlis Kraf Sarawak mampu memainkan peranan maksimum, Sarawak bakal memperoleh unjuran ekonomi lebih tinggi pada masa akan datang.

Ironinya, menurut laporan Perbadanan Kemajuan Kraf Tangan Malaysia Cawangan Sarawak, jumlah jualan pada 2021 dilihat berkembang walaupun ketika itu masih dalam fasa pandemik Covid-19.

Dicatatkan RM15.7 juta dengan kira-kira 15 peratus daripadanya melalui jualan dalam talian.

Baca lain  PESTA KAUL upacara puja jadi pelancongan

Bercakap soal platform dalam talian atau e-dagang yang diiktiraf, membolehkan pengusaha seni kraf menerokai pasaran yang lebih luas.

KAEDAH MODEN

Majlis Kraf Sarawak harus berfungsi untuk membimbing.

Mereka harus membantu pengusaha seni kraf dalam menerima pakai kaedah moden menjalankan perniagaan.

Yang diharapkan oleh wakil rakyat yang membahaskan RUU, industri kraf tempatan dapat mengikut jejak langkah mengguna pakai teknologi khususnya dalam penjualan dan promosi produk mereka.

Seperti ditegaskan Adun Satok Datuk Ibrahim Baki, e-dagang menjadi penggerak utama dan berkembang dengan pesat di negara ini.

Seperti produk lain, produk kraf harus mudah diakses.

Jika proses kraf boleh didigitalkan, ia turut memberi pulangan baik, yang seterusnya membolehkan masyarakat menjadi lebih kreatif dalam pembuatan produk mereka.

TUKANG KRAF BERKUALITI

Teknik kraf tradisional Sarawak berisiko hilang jika tiada usaha pemeliharaan dilakukan.

Oleh demikian, dengan adanya Majlis Kraf Sarawak yang memiliki peruntukan khusus, membantu meningkatkan kemahiran dan pembinaan kapasiti tukang kraf.

Walaupun tukang kraf berbakat di Sarawak ramai, tetapi kemahiran dan kapasiti mereka tetap perlu ditingkatkan.

Yang boleh dilakukan oleh majlis, menyediakan program latihan yang komprehensif.

Baca lain  Tamar Ammar

Selain itu, anjurkan bengkel dan inisiatif pembangunan kemahiran untuk menambah baik kualiti produk kraf.

Pada masa yang sama menggalakkan amalan pengurusan sumber mampan dalam kalangan komuniti kraf serta menyokong dasar yang melindungi dan memulihara sumber asli Sarawak.

ISU HAK CIPTA

Salah satu kebimbangan yang dizahirkan wakil rakyat yang membahaskan RUU Majlis Kraf Sarawak adalah berhubung hasil seni yang “diciplak”.

Ibarat kerbau punya susu, sapi dapat nama.

Maknanya tidak adil kepada pemilik asal sesuatu kraf.

Maka, kelulusan RUU tersebut diharap dapat memberi perlindungan kepada hak cipta hasil kraf di Sarawak terutama reka bentuk dan motif tradisionalnya.

Kerajaan tidak mahu berlaku penyalinan tanpa kebenaran sehingga merugikan tukang kraf.

Menerusi majlis, kerajaan memberi jaminan mewujudkan mekanisme bagi melindungi hak harta intelek produk kraf Sarawak.

Selain itu, menyediakan sokongan undang-undang kepada usahawan dalam kes pelanggaran hak cipta.

Dan tuntasnya, penulis melihat Kerajaan Sarawak memperkasa Majlis Kraf Sarawak tepat pada masanya.

Ini zaman teknologi, berbanding dahulu amat sukar sesuatu kraf ditiru.

Tetapi pada zaman serba canggih ini, apa-apa boleh boleh dilakukan.

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

E-Paper

7 Jun 2023

Berita Terbaru