ARTIKEL

Industri pembalakan di Sarawak dikurangkan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Jabatan Hutan Sarawak (JHS) tidak merancang untuk menghentikan operasi pembalakan di negeri ini, bagi beralih sepenuhnya kepada aktiviti karbon hutan.

Pengarah Hutan Sarawak, Datu Hamden Mohammad berkata bagaimanapun, industri yang menjadi antara sumber pendapatan utama Sarawak itu semakin dikurangkan.

“Kalau dahulu, kami menerima hasil atau royalti (daripada pembalakan) sebanyak RM800 juta setiap tahun tetapi sekarang menurun kepada RM300 juta.

“Berdasarkan perkiraan kami, itu pada tahap mampan…jadi mungkin dalam 10 tahun kami masih dapat memberikan RM300 juta kepada kerajaan negeri menerusi hasil pembalakan melainkan kita berhenti terus (menghentikan pembalakan),” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Seminar Pengenalan Aktiviti Karbon Hutan di Sarawak di sebuah hotel terkemuka di sini, hari ini.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU