ARTIKEL

Industri sifar karbon

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

TAMBAH Dr Jane, terdapat dua jenis pasaran utama iaitu pematuhan pasaran karbon dan pasaran secara sukarela.

Pasaran pematuhan adalah melalui ETS dan pasaran sukarela tidak melibatkan arahan undang-undang

. “Ada syarikat yang membeli kredit karbon kerana mereka mahu melakukan sesuatu untuk alam sekitar dan penghuninya.

“Syarikat mereka mahu mengisytiharkan sifar karbon dan salah satu cara untuk mencapainya ialah dengan mengimbangi karbon.

Bermaksud mereka membeli kredit karbon untuk mengimbangi pelepasan dalam operasi mereka,” jelasnya.

CUKAI KARBON

Cukai karbon sering dikaitkan dengan pemerdagangan karbon sebagai pendapatan lebihan.

Cukai karbon melibatkan amaun tertentu yang dikenakan ke atas pelepasan gas rumah hijau.

“Apabila kita bercakap tentang cukai karbon, ia sedikit berbeza.

Harga karbon dikenakan ke atas pelepasan gas rumah hijau yang dilakukan oleh syarikat atau entiti tertentu.

“Jadi di bawah instrumen harga karbon, terdapat cukai karbon dan ETS.

Cukai karbon bukan cukai ke atas kredit karbon, tetapi cukai ke atas pelepasan karbon dan harga bergantung kepada penetapan sesebuah negara.

“Contohnya di negara Eropah seperti Sweden, Norway dan sebagainya, mereka kenakan cukai karbon yang sangat tinggi, jadi harga karbon terkesan sehingga AS$140.

Sementara itu, apabila bercakap soal pasaran sukarela, harganya menjadi sedikit lebih rendah kerana mereka tidak dipaksa untuk membeli.

Jelasnya sebagai anggaran, unit karbon berasaskan alam sekitar boleh dijual pada harga RM68 per tan bagi teknologi lebih rendah.

Bagi pasaran Sarawak, cukai dikendalikan oleh Kerajaan Pusat seperti cukai jualan dan perkhidmatan.

“Kerajaan Sarawak mempunyai beberapa bidang kuasa ke atas jenis cukai tertentu tetapi bukan semua.

Setakat ini belum diputuskan lagi, kita belum ada undangundang tentang harga karbon dan masih diusahakan oleh banyak agensi kerajaan,” tambahnya.

Pada 2022, Rang UndangUndang (RUU) bagi meminda Ordinan Hutan negeri yang bertujuan menambah baik pengurusan hutan dan sumber aslinya diluluskan di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak.

Katanya, pelaksanaan tersebut membolehkan Sarawak mula untuk menjual karbon, tetapi bukan cukai karbon.

“Setakat ini, tiada udangundang atau polisi berkaitan pemerdagangan karbon di Sarawak

. “Saya merupakan salah seorang Ahli Panel Perunding Bank Dunia untuk Kerjasama pelaksanaan pasaran karbon di Malaysia.

Saya tahu apa yang berlaku di peringkat dasar dan setakat ini belum ada polisi,” dedahnya.

SENTIASA ADA KRITIK

Walaupun usaha ini mampu mendatangkan pendapatan negeri sekali gus memelihara alam sekitar, namun ia tetap menerima pelbagai kritikan lebih-lebih lagi apabila menyentuh soal alam sekitar.

“Soal alam sekitar sangat sukar dibincangkan, siapa yang harus dipersalah?

Orang barat menebang pokok sejak berabad dan sekarang kita tidak dibenarkan tebang pokok? Sentiasa ada hujan dan perkara berbangkit.

“Jadi terdapat perkara yang perlu ada untuk memastikan pelaksanaan kredit karbon benar-benar memenuhi kriteria dan kriteria ini dinamakan tambahan, kekal dan kebocoran (additionalities, permanence and leackage),” katanya.

BERITA LAIN

Tarikan lampu raya Bang Man

KUCHING: Beberapa tahun lalu, apabila Abdul Rahman Othman mula membeli lampu hiasan untuk menghiasi rumahnya pada sambutan Hari Raya Aidilfitri, beliau tidak pernah membayangkan lampu

Tarikan air terjun Belaga

LOKASI yang jauh di pedalaman menjadikan Belaga sebagai destinasi yang penuh dengan hidupan flora dan fauna terpelihara. Antara tarikan yang menjadi tumpuan di Belaga adalah

BERITA TERBARU