Orang ramai dinasihatkan memilih buah-buahan dan sayur-sayuran segar sebagai hidangan harian serta menggunakan kaedah memasak sayur yang sesuai seperti kukus untuk mengekalkan zat dan memperoleh manfaatnya.
Menurut KKM, buah-buahan dan sayur-sayuran kaya dengan pelbagai vitamin dan mineral.
Selain itu, ia juga mempunyai kandungan air yang tinggi dan serat bagi membantu melancarkan proses penghadaman.