ARTIKEL

Lau (dua kanan) dengan pasukannya serta jurutera MDLBS meneliti cadangan tapak projek infrastruktur sebuah rumah panjang di kawasan Bawang Assan.

Infrastruktur semua rumah panjang Bawang Assan dinaik taraf bawah RTP

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

SIBU: Semua rumah panjang di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Bawang Assan akan menikmati projek Program Transformasi Luar Bandar (RTP) berupa pembangunan infrastruktur.

Ketua Jawatankuasa Pembangunan Komuniti Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) Cawangan Bawang Assan, Kaunselor Kevin Lau Kor Jie, berkata pihaknya kini sedang menilai dan meneliti keperluan penduduk rumah panjang terbabit.

“Kami dan jurutera Majlis Daerah Luar Bandar Sibu (MDLBS) sedang giat menjalankan pemeriksaan tapak bagi menaik taraf infrastruktur rumah-rumah panjang di kawasan Bawang Assan di sini,” ujarnya semalam.

Menurutnya, projek menaik taraf infrastruktur di rumah-rumah panjang di Bawang Assan adalah projek khas RTP yang telah diluluskan oleh Kerajaan Negeri.

“Projek RTP bertujuan untuk menambah baik keadaan hidup penduduk rumah panjang dan projek-projek ini akan dilaksanakan selepas mendapat maklum balas penduduk,” katanya.

Lau mengatakan mereka juga sedang mengumpul maklum balas penduduk melalui perkhidmatan mudah alih jawatankuasanya yang akan bergerak mengumpul permohonan projek daripada penduduk rumah panjang berdasarkan keperluan mereka.

Baca lain  Sik boh bulak bah!

Lau berkata, mereka akan mengemukakan permohonan itu kepada Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Dr Sim Kui Hian, yang kemudian melanjutkan permohonan tersebut kepada Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

“Semasa  pemeriksaan, kami  mengambil masa untuk memahami dengan lebih baik skop kerja projek dan juga memberi taklimat kepada tuai rumah serta penduduknya mengenai projek naik taraf infrastruktur,” jelasnya.

Baru-baru ini, Kerajaan Negeri di bawah kepimpinan Abang Johari telah meluluskan peruntukan khas Program RTP sebanyak RM1.5 juta bagi menaik taraf infrastruktur di kawasan komuniti Iban dalam kawasan DUN Bawang Assan.

NOTIS TENDER

BERITA LAIN

Jambatan Sebauh dijangka siap lebih awal

SEBAUH : Kemajuan kerja-kerja pembinaan Jambatan Sebauh menyeberangi Sungai Kemena dekat sini berada pada tahap 12.67 peratus dan lebih awal. Menurut Timbalan Premier Datuk Amar

Bangunan Persatuan Autistik Kuching diperbesar

KUCHING: Kerajaan Sarawak menyediakan geran sebanyak RM4,179,000 untuk membina blok pendidikan tiga tingkat kedua Persatuan Autistik Kuching (KAA) yang baharu. Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-kanak dan

BERITA TERBARU