ARTIKEL

Inigo Calderon pada sidang media selepas perlawanan.

Inigo Puas Hati Semangat Kitchee, Anggap Seri 1-1 Keputusan Adil

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Keputusan seri 1-1 menentang Kuching City FC disifatkan sebagai keputusan adil selepas Kitchee SC mengharungi malam sukar dalam aksi Kumpulan H Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) 2026-2027 di Stadium Taha Ariffin, malam tadi.

Demikian kata Ketua Jurulatih Kitchee SC, Inigo Calderon, meskipun mengakui skuadnya menampilkan persembahan terbaik, beliau tetap berbangga dengan semangat juang pemain yang berjaya bangkit selepas ketinggalan seawal minit kedua.

“Sejak awal lagi, ini bukan malam terbaik kami. Namun, saya benar-benar bangga dengan pemain kerana mereka terus berjuang dalam keadaan sukar.

Inigo Calderon pada sidang media selepas perlawanan.

“Dalam bola sepak, ada hari kita bermain baik dan ada hari sebaliknya. Tetapi apabila pemain sudah memberikan segala-galanya, saya tidak boleh meminta lebih daripada itu,” katanya pada sidang media selepas perlawanan.

Kitchee dikejutkan jaringan sendiri pada minit kedua sebelum Everton Camargo menyamakan kedudukan pada minit ke-14 untuk memastikan kedua-dua pasukan berkongsi satu mata.

Mengulas kesilapan awal yang menyebabkan Kitchee dibolosi, Calderon enggan menyalahkan mana-mana individu kerana menganggap setiap kesilapan sebagai tanggungjawab bersama.

Mengulas pencapaian dua mata daripada dua perlawanan, Calderon menegaskan Kitchee tidak terlalu memikirkan kedudukan kumpulan, sebaliknya mahu menilai setiap aksi secara berasingan.

“Kami datang untuk menang, tetapi jika kemenangan tidak dapat dicapai, satu mata tetap sesuatu yang boleh diterima.

“Saya fikir keputusan seri ini adil untuk kedua-dua pasukan. Apabila kita tidak berada pada tahap terbaik, satu mata di tempat lawan bukan keputusan yang buruk,” katanya.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU