Teruna berani buka perniagaan syarikat bukan bumiputera

Trending

Inilah masa PN bantu GPS

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
E-mel

KUCHING: Perikatan Nasional (PN) tidak sepatutnya bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN-12), sebaliknya memberi sokongan kepada Gabungan Parti Sarawak (GPS), kata Ahli Parlimen Petra Jaya, Datuk Seri Fadillah Yusof.

Menurutnya, GPS telah pun melaksanakan tugas dengan baik dalam menguruskan negeri ini, bukan sahaja pada musim pandemik Covid-19, tetapi juga dalam menangani krisis serta menstabilkan ekonomi dengan membantu rakyat.

“Sarawak adalah satu-satunya negeri yang banyak memberi peruntukan untuk membantu rakyat dari segi bantuan kewangan, termasuk orang ramai yang terlibat dalam sektor perniagaan.

“Justeru, ini adalah masa yang tepat untuk PN menunjukkan sokongan dan membantu GPS memandangkan GPS telah menyokong PN untuk menstabilkan kerajaan di peringkat Persekutuan,” katanya.

Menteri Kanan Kerja Raya itu berkata demikian selepas melakukan lawatan tapak pembinaan blok baharu di SK Rakyat, di sini, semalam.

“Dari segi pembahagian kerusi, GPS akan menampilkan 82 calon yang akan bertanding.

“Saya tidak pasti sama ada akan ada lagi rundingan mengenai kerusi tersebut, namun GPS sudah tegas dalam memutuskan bahawa kita akan mempunyai 82 calon untuk PRN-12,” jelasnya.

Baca lain  OP BENTENG-Empat cubaan guna lorong tikus tumpas dalam tiga hari

Beliau turut berharap agar PN dan Barisan Nasional (BN) memberikan sokongan padu kepada GPS.

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

E-Paper

28 Mei 2023

Berita Terbaru