ARTIKEL

Inilah punca Malaysia gagal layak ke final Piala Thomas 2024

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

BARISAN pemain perseorangan yang agak goyah dilihat sebagai punca kekalahan Malaysia 3-1 kepada Indonesia pada aksi separuh akhir Piala Thomas 2024 di Chengdu pada Sabtu.

Oleh itu, mereka harus menjadikan ia sebagai iktibar untuk kejohanan akan datang.

Pengarah Kejurulatihan Akademi Badminton Malaysia, Rexy Mainaky menjelaskan bahawa pemain telah pun berusaha keras. Namun belum cukup kuat, berbanding China dan Indonesia.

Katanya, China dan Indonesia mempunyai barisan pemain perseorangan yang boleh membuat kejutan terutama terhadap pemain dalam kelompok 10 terbaik. Namun Malaysia belum mencapai tahap keyakinan seperti itu.

“Kita harus lihat pasukan China, Indonesia… mereka mempunyai perseorangan pertama, perseorangan kedua, malah perseorangan ketiga mereka boleh menewaskan sesiapapun,” ujar Rexy.

“Bukan sahaja semua orang tetapi boleh menewaskan semua pemain di kelompok 10 terbaik.

“Jadi dalam pasukan kita, kita hanya ada Lee Zii Jia, Aaron Chia, Soh Wooi Yik, Nur Izzuddin (Rumsani), Goh Sze Fei dan perseorangan kedua dan ketiga juga sebenarnya boleh membuat kejutan, namun masih belum cukup kuat untuk mempercayai mereka boleh tewaskan pemain di kelompok 10 terbaik.

Baca lain  Vaksin COVID-19 Johnson & Johnson tidak lagi tersedia di AS

“Boleh dilihat, seperti (Leong) Jun Hao di set pertama selepas mendahului… dia bermain dengan baik tetapi selepas (Li) Shi Feng cuba bermain dengan lebih laju, Jun Hao seperti ke belakang semula.

“Beregu negara, Aaron-Wooi Yik memperoleh kemenangan yang bagi saya baik buat mereka menjelang ke Sukan Olimpik Paris 2024.

“Manakala Nur Izzuddin pada situasi mata penting di set kedua, tampak terlalu gopoh untuk membunuh lawan dan keluar daripada strategi sekali gus menyukarkan kita untuk memenangi set kedua,” kata Rexy.

Perseorangan pertama kecundang di tangan pemain nombor dua dunia, Shi Yu Qi 19-21, 5-21 sebelum beregu utama negara, Aaron-Wooi Yik menyamakan semula kedudukan kepada 1-1.

Aaron-Wooi Yik mengalahkan pasangan nombor satu dunia, Liang Wei Keng-Wang Chang 15-21, 21-12, 21-17 namun perseorangan kedua negara, Jun Hao tewas kepada Li Shi Feng 17-21, 10-21 untuk membolehkan China kembali mendahului perlawanan kepada 2-1.

Beregu kedua negara, Nur Izzuddin-Sze Fei turun yang diharap boleh kembali menyamakan kedudukan, begitupun tidak berupaya untuk menyekat kemampuan lawan He Ji Ting-Ren Xiang Yu biarpun memperoleh tonik berharga memenangi set pertama dengan 21-18.

Baca lain  Petanak sedia menyengat

Set kedua agak mendebarkan tetapi Ji Ting-Xiang Yu lebih berani pada situasi mata penting yang menyaksikan mereka mencatat kemenangan 21-19 untuk mengheret perlawanan ke set penentuan.

Aksi set penentuan memperlihatkan penguasaan beregu China yang merekodkan kemenangan 21-12 sekali gus membawa pasukan itu kembali ke pentas final sejak kali terakhir pada edisi 2020 di Aarhus, Denmark

NOTIS TENDER

BERITA LAIN

Jambatan Sebauh dijangka siap lebih awal

SEBAUH : Kemajuan kerja-kerja pembinaan Jambatan Sebauh menyeberangi Sungai Kemena dekat sini berada pada tahap 12.67 peratus dan lebih awal. Menurut Timbalan Premier Datuk Amar

Bangunan Persatuan Autistik Kuching diperbesar

KUCHING: Kerajaan Sarawak menyediakan geran sebanyak RM4,179,000 untuk membina blok pendidikan tiga tingkat kedua Persatuan Autistik Kuching (KAA) yang baharu. Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-kanak dan

BERITA TERBARU