ARTIKEL

Timbalan Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak, Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi. - GAMBAR: RAMIDI SUBARI

Inisiatif baharu empat teras utama utiliti dibentang sidang DUN depan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Kementerian Utiliti dan Telekomunikasi dijangka memperkenalkan inisiatif baharu dalam usaha meningkatkan utiliti merentasi empat bidang utama semasa sidang DUN pada 6 Mei ini.

Timbalan Menterinya, Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi berkata, inisiatif terbabit termasuk usaha tambah baik liputan bekalan air, elektrik, Internet dan pengedaran silinder gas Petros.

“Ia lebih menumpukan kepada prestasi yang dijalankan kementerian melalui empat agensi bertanggungjawab ini.

“Agensi-agensi ini berusaha bersungguh-sungguh memastikan setiap utiliti yang memberi manfaat kepada rakyat Sarawak dapat dilaksanakan.

“Pada sidang DUN akan datang, tumpuan kementerian juga tertumpu kepada ucapan penggulungan terutama ucapan yang disampaikan oleh Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Datuk Seri Julaihi Narawi,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita pada majlis Rumah Terbuka Hari Raya yang dihadiri Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg dan isteri, Puan Sri Datuk Amar Juma’ani Tun Tuanku Bujang di sini, pada Khamis.

Abdul Rahman menambah, berkaitan liputan elektrik, Sarawak Energy Berhad mempunyai rancangan jangka pendek, jangka sederhana dan panjang untuk mencapai liputan elektrik 100 peratus menjelang 2050.

Baca lain  Pelajar baharu UTS bakal tanam pokok sendiri

Bagaimanapun, dari segi bekalan air, beliau berkata cabaran untuk mencapai 100 peratus air bersih menjelang 2030 terletak pada usaha membekalkan air ke kawasan luar bandar Sarawak.

“Sebagai tindak balas, kami melancarkan Program Bekalan Air Alternatif Sarawak (SAWAS) pada 2017. Inisiatif ini menangani kawasan terpencil yang jauh dari saluran paip air utama dengan mewujudkan sistem bekalan air khusus.

“Dengan sistem ini, kami mendapatkan air daripada sungai, tadahan hujan, atau sumber graviti, memprosesnya dan membekalkannya ke kampung-kampung ini, sekali gus menghapuskan mereka terpaksa menunggu air dari grid utama,” katanya.

Sementara itu, beliau turut mengesahkan penubuhan Pejabat Pengurusan Bersepadu (IMO) adalah untuk menyatukan semua agensi air utama di seluruh Sarawak iaitu Lembaga Air Kuching (KWB), Lembaga Air Sibu (SWB), Jabatan Bekalan Air Luar Bandar Sarawak (JBALB) dan LAKU Management Sdn Bhd (LAKU).

Beliau sambil itu mendedahkan perkembangan terkini (pembinaan) masih dalam fasa perbincangan.

“Ia (perbincangan) akan disambung selepas Hari Raya dan akan dijelaskan lagi oleh Julaihi pada sidang DUN akan datang.

Baca lain  Datuk Sri Fadillah Yusof disahkan positif Covid-19

“Harapan kita dengan penglibatan empat agensi air ini, kami dapat memastikan setiap isi rumah di Sarawak mendapat bekalan menjelang sasaran 2030,” ujarnya.

NOTIS TENDER

BERITA LAIN

Sarawak dapat peruntukan RM1.5 bilion dari KKDW

SARIKEI: Sarawak terus mendapat perhatian Kerajaan Persekutuan apabila menerima peruntukan Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) sebanyak RM1.5 bilion di bawah Rancangan Malaysia ke-12 (RMK-12).

BERITA TERBARU

Kes COVID-19 meningkat 14.8 peratus – KKM

PUTRAJAYA: Jumlah kes COVID-19 meningkat 14.8 peratus kepada 1,230 kes pada Minggu Epidemiologi ke-20 (ME 20/2024) iaitu bagi tempoh 12 Mei hingga 18 Mei 2024,