ARTIKEL

Pengerusi POCS, Kian Tungku (duduk kiri), Setiausaha POCS, Donald Law Hieng Sui (duduk dua kiri) dan ahli lain merakam kenangan sempena penyertaan POCS dalam inisiatif #ProjekMagnumHearts Magnum 4D. Turut kelihatan Ong Wei Ling (berdiri tengah).

Inisiatif digital inovatif #ProjectMagnumHearts tingkatkan mobiliti dan keselesaan OKU

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Inisiatif #ProjectMagnumHearts oleh MagnumCares mampu mempertingkatkan mobiliti dan keselesaan golongan kurang upaya (OKU) di Sarawak.

Sehubungan itu, Naib Presiden Eksekutif yang juga Ketua Pegawai Komersial Kumpulan Magnum, Datuk Chan Chee Fai menggalakkan pelanggannya menyokong usaha sama dengan Persatuan Orang Cacat Sarawak (POCS) melalui inisiatif #ProjectMagnumHearts yang terdapat pada aplikasi MyMagnum 4D.

“MagnumCares percaya, tiada siapa boleh melakukan segala-galanya, namun semua boleh melakukan sesuatu dan sebab itu kita berhasrat memperkasakan dan memotivasikan para pelanggan untuk menyertai visi membuat perubahan positif melalui #ProjectMagnumHeart.

“Hingga kini, POCS berjaya mengumpul lebih tujuh juta ‘Magnum Hearts’ berbanding sasaran 10 juta.

“Dan berbaki lebih 50 hari sebelum kempen tamat, kita mengalu-alukan para pelanggan memuat turun aplikasi MyMagnum 4D, mengimbas tiket mereka seterusnya menderma ‘Magnum Hearts’ mereka,” menurutnya dalam kenyataan, hari ini.

Jelasnya, kemurahan hati para pelanggan mampu memperkasakan ahli POCS di seluruh Sarawak dengan alat bantuan yang mereka perlukan bagi mengatasi cabaran untuk menjalani kehidupan seharian.

MagnumCares bertujuan memberi impak dengan menderma kerusi roda ringan dan separa ringan, kusyen udara ROHO, tilam angin Ripple, tayar kerusi roda putih, tongkat siku dan ketiak serta kateter kencing.

Seterusnya katanya, ia membolehkan mereka menjalani kehidupan yang lebih berdikari.

#ProjectMagnumHearts adalah platform digital inovatif yang menggalakkan para pelanggan menjadi wira komuniti yang dipacu oleh MagnumCares pada aplikasi MyMagnum 4D.

MagnumCares bersungguh-sungguh menyokong secara aktif keperluan masyarakat yang pelbagai di seluruh negara untuk mencari penyelesaian yang inovatif dan mampan bagi meningkatkan kualiti hidup masyarakat selari dengan slogannya ‘Untuk Anda, Bersama Anda’.

BERITA LAIN

Projek pembangunan giat dijalankan di sekitar Debak

SARIBAS: Beberapa pembangunan di kawasan sekitar Daerah Kecil Debak telah dipergiat bagi memastikan kawasan tersebut terus menikmati kemajuan. Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-kanak dan Kesejahteraan Komuniti

BERITA TERBARU

Penyulut SPM meri pengaga ngagai semua

KUCHING: Bulih pemutus peresa nyulut ba Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2023 ukai penyulut siku orang aja tang nya penyulut semua raban. Nembiak Sekula Sekondari (SMK)