ARTIKEL

Inisiatif KEB, ikhtiar baharu bantu lebih ramai peniaga, syarikat bumiputera – Fahmi

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

CYBERJAYA: Inisiatif diumum pada Kongres Ekonomi Bumiputera (KEB) 2024 baru-baru ini merupakan usaha terbaru dilakukan oleh Kerajaan MADANI untuk membantu lebih banyak peniaga dan syarikat bumiputera, kata Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil.

Beliau yang juga jurucakap Kerajaan MADANI berkata bantuan dan sokongan diberikan Kerajaan MADANI tidak berpandukan acuan yang diguna pakai sebelum ini, tetapi mengambil kira beberapa usaha yang gagal mencapai objektif sebelum ini.

“Maka mengambil kira pelbagai ikhtiar sebelum ini dan realiti ekonomi pada hari ini yang lebih terbuka kepada kesan dunia, maka apa yang diumum Perdana Menteri (Datuk Seri Anwar Ibrahim) pada 2 Mac lepas adalah ikhtiar-ikhtiar baharu yang diharap akan dapat membantu lebih banyak peniaga dan syarikat bumiputera,” katanya kepada media selepas pelancaran aplikasi mudah-alih, e-Farmasi di sini hari ini.

Ketika menutup secara rasmi KEB pada 2 Mac lepas, Perdana Menteri mengumumkan pelbagai inisiatif baharu memperkasa ekonomi bumiputera termasuk memperuntukkan dana RM1 bilion bagi memperkasa generasi baharu usahawan bumiputera dan geran peluncuran RM100 juta untuk penubuhan Wakaf MARA MADANI.

Baca lain  Sokong pelaburan mampan

Anwar turut mengumumkan penubuhkan Suruhanjaya Pekerja Gig.
Sementara itu Fahmi yang juga Ketua Penerangan PKR berkata parti itu tidak membenarkan penyertaan mana-mana individu yang boleh menyebabkan kemudaratan kepada parti.
Beliau berkata, PKR mempunyai mekanisme tertentu termasuk Majlis Pimpinan Pusat untuk membincangkan isu-isu berkaitan penyertaan individu ke dalam parti.

“Memang parti terbuka, tapi kita ada mekanisme untuk memastikan tidak ada Trojan Horse atau pihak mendatangkan kemudaratan, ini akan kita elak.

“Sebelum ini ada beberapa pihak yang memohon (sertai PKR) tapi setelah kita teliti dan saring, kita tangguhkan dulu. Mekanisme memang wujud dan dipraktikkan,” katanya yang mengulas kenyataan ahli Parlimen Pasir Gudang Hassan Karim yang meminta bekas pemimpin parti lain yang mahu menyertai PKR ditapis dan disemak latar belakang mereka terlebih dahulu.

Cadangan Hassan itu susulan kenyataan Menteri Dalam Negeri yang juga Setiausaha Agung PKR Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail yang menjangkakan lebih ramai bekas pemimpin berprofil tinggi daripada Perikatan Nasional (PN) akan meninggalkan parti masing-masing dan menyertai PKR dalam masa terdekat.
– Bernama

BERITA LAIN

127,295 orang bekerja sendiri mendaftar SKSPS

BUKIT MERTAJAM, Pulau Pinang: Golongan bekerja sendiri digesa mencarum Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri (SKSPS) kerana ketika ini hanya 27.56 peratus atau 127,295 orang, daripada

BERITA TERBARU

PDRM

Suspek kes amang seksual ditahan di Miri

SRI AMAN: Suspek lelaki dikehendaki polis yang disyaki melakukan amang seksual terhadap seorang kanak-kanak perempuan di kawasan tanah perkuburan lama, Kampung Kubal, Betong ditahan Jumaat

Pemancing udang jumpa mayat terapung

MIRI: Sembilan pemancing udang galah dikejutkan dengan penemuan mayat seorang lelaki dalam keadaan tidak sempurna di Sungai Kuala Baram di sini, hari ini. Ekoran itu,