Inisiatif Kerajaan S’wak wajar dicontohi
KUALA LUMPUR: Inisiatif Kerajaan Sarawak membantu pelajar dalam kalangan anak negeri itu membayar balik pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), wajar dicontohi kerajaan negeri lain.PTPTN dalam kenyataan semalam memaklumkan, kerajaan negeri lain wajar menjadikan usaha Sarawak membantu rakyatnya membayar baki hutang pinjaman PTPTN, sebagai pilihan utama bagi pemberian insentif dalam perancangan Belanjawan Negeri untuk manfaat rakyat.

“Cadangan ini dilihat amat sesuai ketika rakyat terkesan akibat penularan pandemik Covid-19. PTPTN sentiasa bersedia untuk bekerjasama dengan kerajaan-kerajaan negeri di seluruh Malaysia dalam merealisasikan inisiatif ini, bagi memastikan kebajikan para peminjam,” demikian menurut kenyataan itu.

Sarawak melalui Yayasan Sarawak telah membantu sehingga 9,000 peminjam menyelesaikan 30 peratus daripada baki hutang pinjaman PTPTN, dengan peruntukan sebanyak RM30 juta pada 5 Mac lepas.

….Untuk berita selanjutnya dapatkan naskhah Suara Sarawak 16 Mac 2021

Suara Sarawak