CENTEXS tawar empat program latihan Tenaga Hijau

Trending

Inisiatif Pelan Tindakan Ekonomi Digital Sarawak 2030 bakal sumbang RM56.4 bilion.

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
E-mel
Premier Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg

KUCHING: Inisiatif Pelan Tindakan Ekonomi Digital Sarawak akan menyumbang sekitar 20 peratus
Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negeri ini, yang berjumlah RM56.4 bilion pada 2030.

Premier Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, ia sekali gus bakal mewujudkan lebih 45,000 pekerjaan baharu bergaji tinggi dengan 80 peratus Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) menggunakan inisiatif pendigitalan.

Menurutnya, rangka tindakan yang berpaksikan kepada lima tonggak strategik itu merupakan peta laluan bagi Sarawak untuk mengubah keseluruhan ekonomi dan rakyatnya daripada pendapatan berasaskan sumber konvensional kepada ekonomi dipacu teknologi mampan.

“Pelan tindakan ini akan dilaksanakan dalam tiga fasa dengan fasa pertama bermula 2025 untuk memperkukuhkan serta meningkatkan kesediaan digital. Kawal selia yang kondusif, rangka kerja dasar dan kesediaan digital ini penting untuk menyediakan peralihan lancar kepada fasa 2 dan 3.

“Untuk fasa kedua yang bermula pada 2027, ia memfokuskan untuk mempercepatkan transformasi digital sektor ekonomi keutamaan, meningkatkan perkhidmatan kerajaan dan mengembangkan teknologi tinggi pemula.

Baca lain  Kuatkan suara Sarawak di persekutuan

“Sementara fasa tiga pada 2030 pula akan menjadikan Sarawak negeri yang dibangunkan secara digitaldengan kemudahan tinggi menjalankan perniagaan, kerajaan mewujudkan persekitaran perniagaan kondusif serta peluang sama rata untuk rakyat meningkatkan status ekonomi sosial,” katanya.

Abang Johari yang juga Menteri Kewangan dan Ekonomi Baharu berkata demikian dalam ucapan penggulungan kementeriannya pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak, di sini, hari ini.

Untuk berita terperinci, sila dapatkan daripada e-paper atau akhbar Suara Sarawak di pasaran.

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

E-Paper

7 Jun 2023

Berita Terbaru