ARTIKEL

Abdullah Saidol (empat kiri) pada Majlis Penutupan Program Sentuhan Prihatin CSR UKAS bersama Bulan Sabit Merah Malaysia Daerah Kuching. FOTO: TVS

Insentif media: RM700 bukan untuk setiap individu

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Pengumuman insentif RM700 kepada pengamal media yang dibentangkan dalam Belanjawan Sarawak 2026 sebenarnya merupakan formula pengiraan sumbangan kepada persatuan media, bukannya bantuan kepada setiap individu pengamal media swasta.

Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Hal Ehwal Korporat, Penerangan dan UKAS), Datuk Abdullah Saidol berkata, jumlah RM700 itu digunakan bagi menentukan nilai sumbangan yang akan disalurkan kepada persatuan-persatuan media berdasarkan jumlah keahlian masing-masing.

“Perkara ini telah disalah tafsir oleh sesetengah pihak yang menganggap bantuan berkenaan akan diberikan terus kepada setiap pengamal media.

“Pengumuman Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg dalam belanjawan lalu bagi insentif khas kepada pengawal media berjumlah RM700 itu bukan untuk setiap individu.

“Jumlah RM700 itu hanyalah satu formula yang digunakan untuk menentukan jumlah sumbangan kepada persatuan-persatuan media,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas Majlis Penutupan Program Sentuhan Prihatin Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS) bersama Bulan Sabit Merah Malaysia Daerah Kuching di sini, hari ini.

Tambah beliau, dana khas untuk media Sarawak itu pada asalnya tidak termasuk dalam agenda Belanjawan Sarawak dan hanya dipohon pada hari-hari terakhir persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) tahun lalu.

“Kesediaan Abang Johari meluluskan permohonan tersebut pada saat akhir amat dihargai, sekali gus membolehkan sumbangan dana khas disalurkan kepada persatuan-persatuan media yang berdaftar di negeri ini.

“Justeru, jumlah sumbangan kepada setiap persatuan ditentukan berdasarkan formula RM700 didarab dengan jumlah keahlian yang dikemukakan oleh persatuan masing-masing,”ujarnya.

Menjelas lanjut, dana berkenaan bertujuan membantu persatuan media melaksanakan aktiviti serta menjaga kebajikan ahli-ahli mereka.

“Bantuan ini juga mengambil kira situasi tertentu yang mungkin dihadapi pengamal media seperti kemalangan atau masalah kesihatan yang memerlukan bantuan kebajikan daripada persatuan masing-masing,” jelasnya.

Pada masa sama, beliau menggalakkan lebih ramai pengamal media menyertai persatuan media bagi memudahkan penyaluran bantuan kebajikan selain memperkukuh kerjasama antara kerajaan dan pengamal media di Sarawak.

Terdahulu, Abang Johari telah mengumumkan Insentif khas RM700 untuk pengamal media ketika ucapan penggulungan pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak ke-19 pada 3 Disember 2025.

BERITA LAIN

RM1.272 bilion perkukuh bekalan air di Sarawak

KUCHING: Enam projek bekalan air di Sarawak bernilai keseluruhan RM1.272 bilion akan diteruskan menerusi Pelan Pelaksanaan Berkala Pertama Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) bagi meningkatkan akses

BERITA TERBARU

RM1.272 bilion perkukuh bekalan air di Sarawak

KUCHING: Enam projek bekalan air di Sarawak bernilai keseluruhan RM1.272 bilion akan diteruskan menerusi Pelan Pelaksanaan Berkala Pertama Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) bagi meningkatkan akses

Polis tahan empat suspek kes khianat simbah cat

MIRI: Gara-gara tuntutan hutang pinjaman wang dalam talian yang dipercayai dibuat oleh anak lelakinya, seorang bapa berusia 54 tahun menerima ugutan sebelum kediamannya di sebuah