ARTIKEL

Insentif pintu masuk pegawai imigresen bakal diperluaskan ke Sabah, Sarawak

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

KUCHING: Pemberian insentif kepada pegawai imigresen pelbagai gred yang bertugas di pintu masuk negara bakal diperluaskan ke Sabah dan Sarawak.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, perbincangan lanjut bersama Jabatan Perkhidmatan Awam akan diadakan bagi memperhalusi perkara ini.

“Perbincangan lanjut itu untuk perluasan pemberian insentif pintu masuk kepada pegawai imigresen di Sabah dan Sarawak.

“Inisiatif ini adalah untuk menjaga kebajikan anggota dan selari dengan konsep ihsan di bawah
kerangka Malaysia MADANI,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas Mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Khas Bagi Menangani Kesesakan Di Tambak Johor Bilangan 2, Tahun 2023 secara dalam talian, hari ini.

Menurutnya, ia merupakan perluasan kepada inisiatif baharu kerajaan dengan memberikan insentif pintu masuk kepada pegawai imigresen pelbagai gred yang bertugas di Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (ICQS) Bangunan Sultan Iskandar (BSI), Kompleks Bangunan Sultan Abu Bakar (KSAB), Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) 1 dan KLIA2.

“Inisiatif ini akan melibatkan implikasi kewangan sebanyak RM7,932,000 setahun,” katanya sambil memberitahu ia merupakan antara empat inisiatif baharu di bawah fasa tiga yang dipersetujui dalam mesyuarat tersebut.

Tambahnya, perkara lain yang turut dipersetujui adalah memberikan peruntukan kepada tiga projek fizikal, selain pemberian insentif pintu masuk yang melibatkan kos keseluruhan sebanyak RM168,701,700 bagi menaik taraf kemudahan di ICQS BSI serta KSAB yang terletak di Johor.

Ujarnya, ia merupakan antara usaha menangani kesesakan di BSI dan KSAB susulan trend peningkatan jumlah pengembara ketara di kedua-dua ICQS tersebut, yang dijangka meningkat pada kadar 15 peratus dengan 157 juta pengembara melaluinya menjelang tahun 2025. 

LAIN-LAIN BERITA

Pelabuhan Bintulu peneraju pelabuhan Sarawak

KUCHING: Pelabuhan Bintulu adalah peneraju pelabuhan Sarawak, bukan sahaja dari segi eksport gas asli cecair (LNG) tetapi juga terminal eksport LNG terbesar di Asia Timur,

Edar syabu, lelaki warga asing dicekup

BINTULU: Seorang lelaki warga asing dicekup kerana disyaki terlibat dalam aktiviti pengedaran dan penagihan dadah, di kawasan Kemena di sini, pada Selasa. Ketua Polis Daerah

BERITA TERBARU

TYT Sarawak bulih gelar Pehin Sri

KUCHING: Tuai Pemegai Menua (TYT) Nengeri Sarawak, Tun Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar udah nerima Darjah Utama Yang Amat Mulia Satria Bintang Sarawak (S.B.S) ke

Pelabuhan Bintulu peneraju pelabuhan Sarawak

KUCHING: Pelabuhan Bintulu adalah peneraju pelabuhan Sarawak, bukan sahaja dari segi eksport gas asli cecair (LNG) tetapi juga terminal eksport LNG terbesar di Asia Timur,