Resepi DEBM menyakiti hati dari menantu yang tersakiti

Insentif RM500,000 cetus semangat Bonnie

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
Email
CETUS SEMANGAT...Bonnie Bunyau Gustin mempamer replika cek diterimanya.

KUCHING: Jaguh powerlifting negara kelahiran Sarawak, Bonnie Bunyau Gustin menzahir rasa terharu atas insentif yang diterima semalam.

Sambil menyifatkan hadiah istimewa daripada Kerajaan Sarawak itu sebagai pencetus semangat untuk beliau terus konsisten dalam mencetak kejayaan selepas ini.

“Terima kasih kepada kerajaan negeri atas pemberian insentif ini. Saya berazam untuk terus konsisten pada setiap kejohanan yang akan disertai selepas ini,” ujar Bonnie kepada Arena Suara Sarawak.

Bonnie menerima insentif RM500,000 ekoran kejayaannya meraih pingat emas kategori 72 kilogram pada Sukan Paralimpik Tokyo 2020 Ogos lalu.

Menurut Bonnie, beliau kini fokus kepada latihan seperti biasa sebagai persiapan menghadapi Kejohanan Powerlifting Dunia 2021 yang akan berlangsung di Georgia, Rusia hujung bulan ini.

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

E-Paper

24 Mac 2023

Berita Terbaru

Bali rai Hari Nyepi

BALI: Pulau peranginan terkenal Indonesia, Bali kelihatan sunyi kerana penduduk