ARTIKEL

GADUH...Video tular menyaksikan pergelutan dua kumpulan dipercayai berpunca daripada pergaduhan adik-beradik.

Insiden gaduh adik abang, polis sahkan tiada senjata api digunakan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

PADAWAN: Polis mengesahkan bunyi letupan yang kedengaran dalam video tular membabitkan pergaduhan adik-beradik di Jalan Matang bukan bunyi letupan senjata.

Ketua Polis Daerah Padawan Superintendan Abang Zainal Abidin Abang Ahmad berkata, hasil siasatan mendapati ia merupakan bunyi mercun yang dibakar oleh sebelah pihak yang terlibat dalam pergaduhan itu.

“Terdapat netizen yang beranggapan bahawa bunyi meletup itu adalah bunyi letupan senjata.

“Siasatan yang telah dijalankan serta keterangan saksi mengesahkan bunyi meletup tersebut adalah bunyi mercun yang dibakar daripada pihak yang terlibat dalam insiden,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Beliau dalam pada itu menyeru agar orang ramai tidak lagi membuat sebarang spekulasi tanpa fakta berkenaan kes kerana dikhuatiri boleh menggugat ketenteraman awam dan mengganggu siasatan.

“Berikan kepercayaan kepada pihak polis untuk menjalankan siasatan telus.

“Mana-mana individu yang terlibat dalam kes akan dibawa ke muka pengadilan untuk pertuduhan,” ujarnya.

Terdahulu pada Khamis, tular dua video memaparkan sebuah kenderaan dipandu laju dan video pergaduhan beberapa individu.

Kes kini sedang disiasat di bawah Seksyen 147 Kanun Keseksaan iaitu kesalahan merusuh jika sabit kesalahan membawa kepada hukuman pemenjaraan selama dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

BERITA LAIN

Rumah musnah terbakar, penghuni selamat

MIRI: Sebuah rumah di Kampung Pa Umor, Bario milik Timbalan Menteri di Jabatan Premier (Buruh, Imigresen dan Pemantauan Projek), Datuk Gerawat Gala, musnah dalam insiden

Enam kereta terbakar akibat pembakaran terbuka

LIMBANG: Enam buah kereta di luar bengkel di Jalan Taman Desa Babahanan di sini musnah dalam satu kebakaran disebabkan pembakaran terbuka longgokan kayu berhampiran. Jurucakap

Saingan harga tiket penerbangan ke Sarawak

KUCHING: Pengumuman syarikat penerbangan milik Sarawak yang dijangka beroperasi pada tahun hadapan diharap dapat menurunkan harga tiket kepada anak Sarawak. Adun Tupong Fazzrudin Abdul Rahman

BERITA TERBARU

Rumah musnah terbakar, penghuni selamat

MIRI: Sebuah rumah di Kampung Pa Umor, Bario milik Timbalan Menteri di Jabatan Premier (Buruh, Imigresen dan Pemantauan Projek), Datuk Gerawat Gala, musnah dalam insiden

Enam kereta terbakar akibat pembakaran terbuka

LIMBANG: Enam buah kereta di luar bengkel di Jalan Taman Desa Babahanan di sini musnah dalam satu kebakaran disebabkan pembakaran terbuka longgokan kayu berhampiran. Jurucakap