ARTIKEL

HANGUS… Keadaan rumah yang hangus dalam satu kejadian kebakaran yang berlaku hari ini.

Insiden rumah terbakar di Kampung Stenggang, tiada kemalangan jiwa

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

Oleh: Syahmimi

BAU: Sebuah rumah di Kampung Stenggang di sini termasuk dua motosikal dan satu kereta hangus dijilat api dalam satu kejadian kebakaran yang berlaku hari ini.

Komander Operasi Pegawai Bomba Kanan 1 PKPgB Tawang Linggem berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu kira-kira pukul 12.32 tengah hari.

“Sejurus tiba di lokasi pihak bomba mendapati berlaku kebakaran rumah jenis separuh kekal dua tingkat berkeluasan 24 x 40 kaki persegi,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut Tawang, kebakaran turut melibatkan dua motorsikal dan sebuah kereta manakala kesemua penghuni berada dalam keadaan selamat dan tiada mengalami kecederaan.

Katanya, pasukan bomba melakukan pemadaman secara ‘defensive’ dengan menggunakan satu aliran salur bantu air daripada pam jentera dan daripada pili bomba.

Operasi pemadaman dan kerja-kerja overhaul masih dilakukan ketika ini, ujarnya.

BERITA LAIN

Komersialkan beras premium Ba’kelalan

LAWAS: Penjenamaan semula pembungkusan beras Adan bakal mengangkat nilai tanaman tradisional itu sebagai beras organik premium. Yang di-Pertua Dewan Negara, Senator Datuk Mutang Tagal, berkata

PDRM

Suspek kes amang seksual ditahan di Miri

SRI AMAN: Suspek lelaki dikehendaki polis yang disyaki melakukan amang seksual terhadap seorang kanak-kanak perempuan di kawasan tanah perkuburan lama, Kampung Kubal, Betong ditahan Jumaat

Pemancing udang jumpa mayat terapung

MIRI: Sembilan pemancing udang galah dikejutkan dengan penemuan mayat seorang lelaki dalam keadaan tidak sempurna di Sungai Kuala Baram di sini, hari ini. Ekoran itu,

BERITA TERBARU

Komersialkan beras premium Ba’kelalan

LAWAS: Penjenamaan semula pembungkusan beras Adan bakal mengangkat nilai tanaman tradisional itu sebagai beras organik premium. Yang di-Pertua Dewan Negara, Senator Datuk Mutang Tagal, berkata

Doyoung NCT sah konsert solo pertama

PENYANYI, Kim Doyoung, 28 dari kumpulan NCT, bersedia mempamerkan persembahan solonya. SM Entertainment menerusi satu kenyataan memaklumkan, Doyoung bakal mengadakan konsert solo pertamanya selepas penerbitan

Kyrgyzstan sekat TikTok

BISHKEK: Wanita muda, Aku Sharsheeva, 22, berasa kecewa apabila gagal mengakses platform TikTok di studio fotografinya di ibu kota Kyrgyzstan minggu ini. “Tiada apa-apa yang