Trending

Insiden timbalan menteri dipukul, empat lelaki tempatan didenda

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
E-mel

KUCHING: Empat lelaki tempatan masing-masing dijatuhi hukuman denda RM1,500 atau penjara dua bulan oleh Mahkamah Majistret di sini, hari ini, kerana memukul seorang timbalan menteri dalam satu kejadian di kediaman keluarganya menjelang sambutan Hari Gawai, Mei lalu.

Azizol Abu Bakar, Junaidy Mat, Mohd Hafizan Hadenan, dan Mohammad Hafizzan Ramadani Abu Bakar masing-masing berusia 23 hingga 32 tahun mengaku bersalah atas pertuduhan yang dibaca di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang dibacakan bersama-sama Seksyen 34 kanun yang sama di hadapan Majistret Syarifah Fatimah Azura Wan Ali.

Mengikut pertuduhan, mereka secara bersama-sama sengaja mendatangkan kecederaan terhadap mangsa berusia 53 tahun di hadapan sebuah rumah di Tabuan Jaya, sekitar jam 9.06 malam, 30 Mei lalu.

Jika sabit kesalahan, boleh dihukum penjara sehingga satu tahun atau denda sehingga RM2,000 atau kedua-duanya sekali.

Kesemua tertuduh berjaya diberkas pihak polis pada 4 Jun lalu di tempat berasingan di kawasan Tabuan Hilir, Semariang, Petra Jaya dan Jalan Simpang Tiga.

Kesemua tertuduh mempunyai rekod jenayah dan dadah. Ujian saringan air kencing mendapati tiga daripada mereka positif dadah jenis Methamphetamine dan seorang lagi positif ganja.

Pendakwaan kes dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Muhammad Asymawi Ghazali manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Suka artikel:

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

E-Paper

22 September 2023

Berita Terbaru