BARU-BARU ini penduduk Korea dan penggemar K-Pop duka atas pemergian ahli kumpulan Astro, Moon Bin.
Setelah pemergiannya, Instagram Korea menjadikan akaun Instagram milik mendiang sebagai akaun memorial untuk memberi penghormatan dan memperingatinya.
Jika netizen ke Instagram miliknya, akaun memorial tersebut memaparkan kata Remembering.
Apabila pengguna ingin mengakses halaman tersebut, pengguna melihat mesej yang menyatakan, bahawa akaun tersebut mengenang mendiang Moon Bin.
Mendiang meninggal dunia 19 April lalu pada usia 25 tahun dan pengebumiannya berlangsung pada 22 April dihadiri oleh keluarga dan rakan terdekat.