ARTIKEL

Kredit: BERNAMA

Institusi kewangan antarabangsa optimis terhadap pasaran China

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

BEIJING: Institusi kewangan antarabangsa menzahirkan keyakinan terhadap beberapa langkah yang diperkenalkan China baru-baru ini bagi menyokong perkembangan ekonomi dan menganggap dasar berkenaan bakal melakar hasil positif.

Akhbar ‘Australian Financial Review’ memetik pandangan pengurus firma Muzinich & Co Amerika Syarikat, Mel Siew, yang menyatakan bahawa pertumbuhan ekonomi China boleh mencipta peluang kepada syarikat pelbagai sektor, termasuk teknologi, katering, jualan runcit dan perkhidmatan komersial untuk memperoleh keuntungan.

Mel Siew yakin pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) yang disasarkan China pada kadar kira-kira lima peratus pada tahun ini dapat direalisasikan dan tetap menjadi antara yang paling pesat dalam lingkungan sejagat.

Beliau juga optimis terhadap perkembangan industri kenderaan elektrik China yang disokong oleh beberapa faktor, termasuk rantaian bekalan standard, permintaan pasaran dan insentif kerajaan.

Agensi berita Bloomberg melaporkan JPMorgan Chase & Co akan mengambil lebih ramai staf untuk pengurusan asetnya di China.

Ketua Pengurusan Aset JP Morgan di China, Wang Qionghui, berkata sektor dana bersama China kekal sebagai pasaran yang mencatatkan pertumbuhan yang sukar diganti bagi syarikat pengurusan aset global.

Dilaporkan, sebanyak sembilan syarikat asing telah memperoleh permit untuk menjalankan urus niaga berkaitan dana milik penuh di China. 

Sementara itu, sekurang-kurangnya lima institusi asing bekerjasama dengan rakan kongsi mereka di China untuk menawarkan perkhidmatan pengurusan kekayaan. — BERNAMA

BERITA LAIN

Empat maut dalam insiden tanah runtuh di Antipolo

MANILA: Kejadian tanah runtuh di bandar Antipolo, timur Manila meragut empat nyawa setakat ini, menurut jurucakap Pejabat Pengurusan Pengurangan Risiko Bencana Bandar Antipolo, Relly Bernardo

Budak 5 tahun dijangkiti selesema burung

PHNOM PENH: Seorang kanak-kanak perempuan berusia lima tahun dari Wilayah Takeo di selatan Kemboja disahkan dijangkiti selsema burung H5N1, menjadikan jumlah kes kepada tujuh sejak

Singapura benarkan 16 serangga dimakan

SINGAPURA: Agensi Makanan Singapura (SFA) pada Isnin telah meluluskan 16 spesies serangga untuk makanan manusia termasuk serangga tertentu seperti cengkerik, belalang juta, belalang, “mealworm”, ulat

BERITA TERBARU

Optimum infrastruktur kuasa hidro negara

KUCHING: Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) berminat untuk bekerjasama dengan Sarawak Energy Berhad, Persatuan Tenaga Hidro Antarabangsa (IHA) dan Perikatan Boleh Diperbaharui Global

Buaya tersangkut pada mata kail di Sebuyau

SEBUYAU: Disangka ikan besar, rupa-rupanya buaya tersangkut pada mata kail yang dipasang penduduk di sungai Kampung Nat di sini, hari ini. Komander Operasi PBKII KUP