CENTEXS tawar empat program latihan Tenaga Hijau

Trending

Institusi kewangan main peranan penting pacu transformasi ekonomi hijau Sarawak

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
E-mel
BERUCAP… Abang Johari berucap pada pada Sidang Kemudahan Perbankan Dan Kewangan Malaysia di Kuala Lumpur, hari ini.

KUALA LUMPUR: Institusi kewangan Malaysia memainkan peranan penting dalam menggerakkan Sarawak untuk mencapai misi pembangunan negeri ke arah transformasi ekonomi hijau yang mampan menjelang 2030.

Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, beliau percaya Malaysia tidak mengalami masalah kekurangan modal dalam sektor ekonomi disebabkan kesemua bank di negara ini mempunyai sumber kewangan yang mencukupi.

CENDERAHATI… Shaik menyampaikan cenderahati kepada Abang Johari sambal disaksikan oleh Mohammed (pertama kiri).

“Berdasarkan rekod tahun lepas, enam Syarikat Pelaburan Berkaitan Kerajaan (GLIC) iaitu Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), Permodalan Nasional Berhad (PNB), Kumpulan Wang Dipersaraan (Diperbadankan) (KWAP), Khazanah Nasional Berhad, Lembaga Tabung Haji dan Lembaga Tabung Angkatan Tentera telah menguruskan aset sebanyak RM1.7 trilion bersama.

“Dalam hal yang sama aset Persekitaran, Sosial dan Tadbir Urus Global (ESG) juga kini bernilai USD35 trilion dan dijangka akan melebihi USD53 trilion menjelang 2025.

Sekali gus mewakili lebih satu pertiga daripada USD140.5 trilion aset yang diuruskan di peringkat global,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Sidang Kemudahan Perbankan Dan Kewangan Malaysia di Intercontinental Kuala Lumpur di sini, hari ini.

Baca lain  Hanya tiga peratus mampu tampung persaraan - KWSP

Sehubungan itu Abang Johari berkata, menerusi penyelarasan inisiatif ESG menuju ekonomi hijau dan mampan, institusi kewangan Malaysia harus memberi tumpuan kepada penyediaan pembiayaan hijau untuk membantu perniagaan agar menjadi lebih mampan.

Katanya, inisiatif tersebut akan menyumbang kepada pelaksanaan peralihan kepada masyarakat berkarbon rendah yang menghasilkan pertumbuhan lebih inklusif secara sosial.

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

E-Paper

7 Jun 2023

Berita Terbaru