Trending

Institusi muzium berperanan mengekalkan dan melindungi warisan tempatan

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
E-mel

KUCHING: Institusi muzium memainkan peranan penting dalam mengekalkan dan melindungi warisan sejarah serta budaya, selain menjadi agen pengukuh kepada identiti masyarakat yang demokratik dan berdaulat.

Menteri Perpaduan Datuk Aaron Ago Dagang berkata, kementerian sentiasa menyokong usaha Jabatan Muzium Malaysia dalam memartabatkan institusi ini sebagai entiti penting dalam negara.

“Kita memberi sokongan dan galakan kepada semua jabatan dan agensi di bawah Kementerian dan komited menterjemah hala tuju dalam melaksanakan program integrasi masyarakat melalui penghayatan sejarah, seni dan budaya selaras dengan dasar yang digariskan.

“Jabatan atau agensi juga dialu-alukan untuk menjalin kerjasama sinergi dalam melaksanakan program berteraskan sejarah, budaya dan alam negara sebagai landasan ke arah menyatupadukan masyarakat yang kaya dengan kepelbagaian,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Perasmian Hari Muzium Antarabangsa Peringkat Kebangsaan 2023, di Muzium Budaya Borneo, di sini, hari ini.

Tambahnya, program seperti ini membuktikan perpaduan dan kerjasama antara muzium dan institusi yang terlibat, selain penglibatan masyarakat yang turut menyumbang kepada pembangunan sosial berterusan khususnya dalam pembentukan dan pengukuhan jati diri masyarakat.

Suka artikel:

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

E-Paper

22 September 2023

Berita Terbaru