ARTIKEL

Fatimah menerima cenderahati selepas Majlis Konvokesyen Kelapan Kolej SIDMA Sarawak di sini, hari ini.

Institusi pendidikan awal kanak-kanak disaran pastikan guru, pengasuh taska miliki diploma

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Semua Institusi Pendidikan Awal Kanak-Kanak (IPAKK) di Sarawak disarankan mengambil pendekatan memastikan pendidik mahupun pengasuh memiliki sekurang-kurangnya Diploma Pendidikan Awal Kanak-Kanak.

Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti, Datuk Sri Fatimah Abdullah berkata, usaha itu bagi meningkatkan kualiti dan tahap profesionalisme pendidikan awal kanak-kanak seiring dengan peredaran zaman.

“Setakat ini Sedidik menyasarkan 100 peratus gurunya memiliki paling kurang, Diploma Pendidikan Awal Kanak-Kanak menjelang 2025 melalui kolaboratif bersama intitusi pengajian tinggi awam dan swasta tempatan.

“Namun, kita turut berharap agar langkah tersebut akan diikuti oleh agensi pelaksana IPAKK yang lain.

Apabila pendekatan sama diambil, barulah kita boleh dengan bangganya mengatakan bahawa guru pendidikan awal di Sarawak berkelayakan kerana paling tidak memiliki diploma berkaitan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapannya pada Majlis Konvokesyen Kelapan Kolej SIDMA Sarawak di sini, hari ini.

Tambahnya, agensi pengoperasi IPAKK menerusi Taman Asuhan Kanak-Kanak (Taska) dan Taman Didikan Kanak-Kanak (Tadika) perlu memastikan langkah tersebut diambil kerana pendidikan awal mempunyai peranan penting dalam membantu pembangunan modal insan.

Secara keseluruhan setakat tahun lalu, hanya sebanyak 53.08 peratus pendidik dan pengasuh tadika berdaftar di seluruh Sarawak memiliki sekurang-kurangnya Diploma Pendidikan Awal Kanak-Kanak, manakala di taska seramai 29.99 peratus.

BERITA LAIN

Optimum infrastruktur kuasa hidro negara

KUCHING: Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) berminat untuk bekerjasama dengan Sarawak Energy Berhad, Persatuan Tenaga Hidro Antarabangsa (IHA) dan Perikatan Boleh Diperbaharui Global

Buaya tersangkut pada mata kail di Sebuyau

SEBUYAU: Disangka ikan besar, rupa-rupanya buaya tersangkut pada mata kail yang dipasang penduduk di sungai Kampung Nat di sini, hari ini. Komander Operasi PBKII KUP

BERITA TERBARU