KUCHING: Simposium NAFAS Antarabangsa (INSYAAF) mensasarkan sebanyak 5,000 peserta yang akan menyertai siri seminar pada 2 Februari ini.
Sasaran itu bukan sahaja meliputi peserta dari Malaysia, bahkan dari negara Indonesia, Singapura dan Brunei.
Pengarah Urusan Total Life EMQR Motivation Academy (TALEMA) and Coach, Consultant, Motivator Counsellor, Trainer (CCCMT) Dr Juliazira Jamain berkata, INSYAAF dianjurkan bagi memberi sokongan dalam aspek emosi dan psikologi kepada semua rakyat dalam menghadapi cabaran Covid-19.
“Kita sasarkan penyertaan 5,000 penyertaan dengan topik Teknik Pernafasan Terisi, Berisi dan Diisi (TBD),” katanya dalam satu sidang media hari ini.
Tambahnya, INSYAAF turut disokong oleh Perdana Menteri, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sebagai Penasihat Teknikal untuk Program World Class Wholistic Motivation P5K Edisi Khas Covid-19- kursus pengenalan motivasi menyeluruh di empat tahap dimensi insan.
Individu yang ingin menyertai program ini boleh menghubungi Sekretariat INSYAAF iaitu Pengurus Program, Dr Julia di talian 012 978 2598 dan Sekretariat, Saidatul 017 631 0152 atau Farhana 012 373 5716 untuk mendaftar.
Individu yang berminat juga boleh menyertai platform media sosial mereka melalui carian Life Whollistic Motivation berikut; Facebook: www.facebook.com/Life-Wholistic-Motivation-107941797285931
