ARTIKEL

Intai kerjasama pasaran filem antarabansa

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

FILEM seram, Sumpahan Jerunei yang dialih bahasa dalam bahasa Inggeris berjaya menarik perhatian penonton tempatan dan antarabangsa ketika tayangan di acara berprestij, Marche Du Film Cannes pada 6 Mei lalu. 

Pengarah Eksekutif Produksi Seni Duapuluh Duapuluh Sdn Bhd, Datin Dr Wendy Wong berkata, tayangan filem terbitan pihaknya itu dihadiri barisan penonton yang berpengaruh termasuk pembeli antarabangsa dari rantau benua Eropah, Jepun, Amerika Syarikat dan India, “Kami sangat teruja berkongsi bahawa tayangan dihadiri oleh barisan penonton yang pelbagai dan berpengaruh ini berjaya mendapat perhatian serta penghargaan ketara, terutama disebabkan oleh alih bahasa tersebut.

“Sambutan filem yang dinamakan Fatal Expedition yang dialih bahasa itu amat positif dan turut menerima ulasan ketara selepas kejayaan promosinya di Pasar Filem Hong Kong pada Mac 2024 dan kemudian ke Busan,” katanya kepada Suara Sarawak. 

Ujarnya, pasaran filem antarabangsa memberi peluang untuk bertemu dan membincangkan potensi kerjasama yang lebih luas.

“Ia termasuk ruang, peluang pengedaran dan platform yang ideal untuk meneroka kemungkinan kerjasama pada masa hadapan, sekali gus mencipta impak yang berkekalan dalam industri filem global,” tegasnya.

Beliau turut berharap hasil positif sepanjang mempromosi filem itu berterusan dan membawa kejayaan serta pertumbuhan kepada projek mereka dan industri filem negara.

Setakat Disember lalu, filem berkenaan meraih 17 anugerah melibatkan Penerbit Terbaik; Sinematografi Terbaik; Pelakon Wanita Terbaik; Pelakon Pembantu Lelaki dan Wanita Terbaik; Rekaan Kostum Terbaik; Pencahayaan Filem Terbaik; dan lain-lain.

Pembikinan filem tersebut mengambil masa dua tahun bagi menjalankan penyelidikan meluas tentang suku kaum Melanau dengan sokongan Majlis Adat Istiadat dan Tradisi Anak Negeri Sarawak dan Kementerian Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak.

BERITA LAIN

Ujian Hidup Bella Astillah

PELAKON Bella Astillah baru-baru ini meluahkan rasa kesal selepas perceraian keduanya dengan penyanyi Aliff Aziz. Perceraian ini berlaku di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan, menjadi

Meerqeen bermisai

PELAKON, penyanyi dan model, Meerqeen atau Muhammad Shameer Shauqeen Shaiful Izam menarik perhatian ramai apabila tampil dengan imej baharu seperti “Sarjan Misai”.  Menerusi video tular

Karina Aespa dilatih jadi pramugari

PENYANYI Korea Selatan, Karina Aespa mendedahkan dia pernah bercitacita mahu menjadi pramugari dan memasuki akademi bahasa Cina.  “Saya pada asalnya dilatih untuk menjadi pramugari. Saya

Himpun irama Melayu Sarawak

BERTEMAKAN “Tiada Yang Lama, Tiada Yang Baharu”, Konsert Getaran Kesenian Melayu Sarawak anjuran Pertubuhan Anak Seni Bandarsah Kuching (PASBK) berjaya menampilkan enam kesenian irama tradisional

BERITA TERBARU