ARTIKEL

Foto hiasan: stock.adobe

Internet dunia terkesan: Apa punca kabel dasar Laut Merah putus?

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

HGC Global Communications berpangkalan di Hong Kong mengatakan pihaknya mengubah laluan data ke Eropah melalui kabel daratan China dan di bawah Lautan Pasifik ke AS, setelah 4 daripada 15 kabel bawah laut putus baru-baru ini.

Empat kabel bawah laut di Laut Merah iaitu Seacom, TGN-Gulf, Asia-Africa-Europe 1 dan Europe India Gateway dilaporkan putus menyebabkan 25 peratus aliran Internet terkesan.

Sekitar 80 peratus lalu lintas Internet dari Asia melewati kabel tersebut.

Mengutip BBC pada Rabu, seorang pegawai Pentagon membenarkan insiden tersebut dan masih berusaha memastikan adakah ia sengaja dipotong atau tersangkut jangkar kapal.

Minggu lalu, media Israel melaporkan empat kabel yang menghubungkan Jeddah di Arab Saudi dan Djibouti rosak serta menyalahkan kelompok Houthi tanpa memberikan bukti.

Namun, kelompok Houthi yang menguasai sebahagian besar pantai barat Laut Merah Yaman, minggu lalu membantah mereka “mengganggu” kabel Internet.

Sebaliknya, Houthi menyalahkan serangan tentera AS dan Britain dikaitkan dengan kerosakan kabel tersebut.

Houthi menegaskan kembali kenyataan pemimpin Houthi Abdul Malik al-Houthi yang menegaskan kumpulan itu tidak ingin membahayakan kabel Internet.

Baca lain  Sikap rakyat penentu kejayaan pematuhan PKP

Sebelum ini, pasukan AS dan Britain menyerang senjata dan prasarana Houthi sebagai respons atas serangan dron dan peluru berpandu ke atas kapal dagang yang melewati Laut Merah dan Teluk Aden sebagai soidariti ke atas perjuangan Palestin.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU

PDRM

Suspek kes amang seksual ditahan di Miri

SRI AMAN: Suspek lelaki dikehendaki polis yang disyaki melakukan amang seksual terhadap seorang kanak-kanak perempuan di kawasan tanah perkuburan lama, Kampung Kubal, Betong ditahan Jumaat

Pemancing udang jumpa mayat terapung

MIRI: Sembilan pemancing udang galah dikejutkan dengan penemuan mayat seorang lelaki dalam keadaan tidak sempurna di Sungai Kuala Baram di sini, hari ini. Ekoran itu,