Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) kini dalam fasa akhir perbincangan dengan pembekal perkhidmatan jalur lebar bagi membolehkan harga borong Internet ditawarkan pada kadar lebih murah.
Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil berkata, beliau meminta agar perbincangan itu diselesaikan pada minggu hadapan bagi membolehkan proses selanjutnya iaitu pemeteraian perjanjian persefahaman (MoU) antara Kementerian Komunikasi Digital (KKD) dan pembekal perkhidmatan jalur lebar.
Jelasnya, proses rundingan mengambil masa kerana melibatkan pelbagai pihak, namun hasilnya kelak harga Internet akan berkurangan dengan agak signifikan.