ARTIKEL

InvestSarawak jalin kerjasama dengan Alliance Bank, UNGCMYB

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: InvestSarawak menjalinkan kerjasama dengan Alliance Bank Malaysia Berhad, UN Global Compact Network Malaysia dan Brunei (UNGCMYB) untuk melanjutkan pembiayaan hijau RM1 bilion kepada Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) di Sarawak.

Pembiayaan hijau disediakan untuk PKS dan syarikat bersaiz sederhana yang layak dan ingin menyumbang kepada pembangunan bandar pintar serta mampan, memudahkan perdagangan hijau ataupun menyumbang kepada ekonomi pekeliling. 

Timbalan Premier, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan berkata, pemeteraian Memorandum Persefahaman (MoU) antara ketiga-tiga pihak itu bertujuan ke arah kesediaan perdagangan mampan dan daya tahan perniagaan terhadap pematuhan amalan Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus (ESG).

“Dengan bekerjasama dengan pihak yang tepat seperti UNGCC serta sokongan Institusi Kewangan seperti Alliance Bank, Sarawak mampu menyediakan peralihan lancar untuk PKS, yang merupakan tulang belakang ekonomi di negeri ini,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam ucapannya pada Majlis Menandatangani MoU antara InvestSarawak dengan Alliance Bank Malaysia Berhad serta UN Global Compact Network Malaysia dan Brunei (UNGCMYB) di sini, semalam.

InvestSarawak diwakili oleh Ketua Pegawai Eksekutifnya, Timothy Ong; Alliance Bank Malaysia Berhad diwakili Ketua Pegawai Strategi, Pemasaran dan Pembangunan Perniagaan Kumpulannya, Dr Aaron Sum Wei Wern, manakala UNGCMYB diwakili Pengarah Eksekutifnya, Faroze Nadar.

Sehubungan itu kata Awang Tengah, menerusi MoU tersebut, InvestSarawak terus membangunkan dan mempromosikan lebih banyak inisiatif untuk memanfaatkan PKS dan perniagaan tempatan.

“Langkah ini membolehkan Sarawak membina rantaian bekalan yang kukuh dan berdaya tahan, bukan sahaja bertaraf dunia tetapi mampan dalam semua aspek,” jelasnya.

Selain itu kata Awang Tengah, Kerajaan Sarawak turut meluluskan pelaburan bernilai RM11.3 bilion dalam sektor pembuatan setakat September tahun ini.

Katanya, ia dikreditkan kepada dasar mesra perniagaan diguna pakai oleh Kerajaan Sarawak yang sentiasa menyokong pelaburan, sama ada pelaburan langsung asing (FDI) dan pelaburan langsung domestik (DDI).

“Sarawak kini menumpukan kepada mempromosikan penyelesaian karbon rendah, ekonomi hijau dan sumber tenaga boleh diperbaharui. 

“Kami juga berhasrat untuk menjadi peneraju serantau dalam inovasi dan ekonomi berasaskan teknologi tinggi.

“Menerusi Strategi Pembangunan Pasca-COVID-19 2030 (PCDS 2030), kami menggalakkan pertumbuhan yang menghasilkan kemakmuran ekonomi, keterangkuman sosial dan kemampanan alam sekitar,” ujarnya.

Hadir sama Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa, Industri dan Pelaburan, Datuk Malcolm Mussen Lamoh; Penasihat Kementerian Perdagangan Antarabangsa, Industri dan Pelaburan (MINTRED), Datuk Mohd Naroden Majais dan pemangku Setiausaha Tetap MINTRED, Dzulkornain Masron.

BERITA LAIN

“Kalau tak siap, siap kau.” – Fadillah

KUCHING: “Kalau tak siap (projek), siap kau (kontraktor),” itu gurauan tegas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof, kepada pihak kontraktor bagi Projek Pembangunan Lembangan

KOBIS Bhd memperkasa belia lonjak pendapatan

KUCHING: KOBIS Bhd, yang diketuai oleh pengerusinya, Zaiwin Kassim, dan ahli lembaga lain, mengunjungi Pejabat Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) kelmarin. Delegasi tersebut disambut oleh Pengarah

BERITA TERBARU