Kapit bakal mempunyai Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) baharu yang dibina dengan peruntukan sebanyak RM150 juta, kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.
Ia dibina di sebuah lokasi yang baharu yang akan dikenal pasti kelak.
“Menteri Kerja Raya Datuk Seri Alexander Nanta Linggi membantu memudahkan proses mencari tapak baharu dengan kerjasama kerajaan negeri dan Pesuruhjaya Tanah Persekutuan,” katanya.