ARTIKEL

Ahsmon menyampaikan sijil penghargaan kepada pegawainya yang melaksanakan tugas dengan cemerlang sempena Perhimpunan Bulanan dan Pelancaran CMOS IPD Kuching di IPD Kuching, hari ini.

IPD Kuching akan perkenal platform e-aduan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

KUCHING: Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuching akan memperkenalkan platform e-aduan untuk memudahkan masyarakat menyampaikan aduan jenayah secara dalam talian kepada pihaknya.

Ketua Polis Daerah Kuching, Asisten Komisioner Ahsmon Bajah berkata ia adalah sebahagian daripada inisiatif Pemantauan Rapat Penyelia (CMOS) bagi memantapkan tadbir urus IPD Kuching demi memastikan penyampaian perkhidmatan Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang berkualiti kepada masyarakat.

“Melalui platform e-aduan ini, kami memberi jaminan bahawa identiti pemberi maklumat tidak akan dibocorkan,” katanya pada sidang media selepas Perhimpunan Bulanan dan Pelancaran CMOS IPD Kuching di IPD Kuching, hari ini.

Menjelas lanjut mengenai inisiatif CMOS, Ahsmon berkata beliau sendiri akan menyelia semua pegawai di bawahnya seperti Ketua Bahagian, Ketua Balai, Ketua Cawangan dan unit mereka agar melaksanakan tugas dengan betul.

“Maknanya, saya akan menyelia pegawai-pegawai saya secara fizikal serta berkomunikasi dengan mereka agar mereka faham apa tugas serta tanggungjawab masing-masing dan kemudian boleh menyelia anggota di bawah mereka dengan baik,” katanya.

Baca lain  11 lelaki ditahan bergaduh di Vista Perdana, Permyjaya Miri

Selain itu, beliau berkata turut memperkenalkan konsep 3P (Penyeliaan, Pemacu dan Prestasi) yang signifikan dengan keadaan semasa, apabila pucuk pimpinan PDRM menekankan semula betapa pentingnya penyelia membuat penyeliaan.

“Bagi konteks IPD Kuching, ini adalah pelengkap kepada apa yang saya perkenalkan sebelum ini iaitu perkhidmatan polis Daerah Kuching haruslah dirasai oleh masyarakat,” katanya.

Sementara sempena majlis, Ahsmon turut mnyampaikan sijil penghargaan kepada 25 orang penerima yang terdiri daripada 17 orang pegawai rendah polis, dua orang pegawai awam dan lima orang awam di atas komitmen dan usaha yang positif yang ditunjukkan mereka dalam melaksanakan tugas dengan cemerlang.

BERITA LAIN

Bacaan IPU Sarawak baik, sederhana

KUCHING: Indeks Pencemaran Udara (IPU) di seluruh Sarawak menunjukkan bacaan baik dan sederhana serta tiada bacaan tidak sihat direkodkan susulan letusan Gunung Ruang di Sulawesi

ADUN Repok lawat dua pesakit warga emas

SARIKEI: Timbalan Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Datuk Seri Huang Tiong Sii melawat dua warga emas yang terlantar sakit di kediaman mereka, pada Khamis.

Pesta Beras Adan 2024 di Ba’Kelalan

LAWAS: Ba’Kelalan mempunyai potensi besar untuk dipasarkan dan dipromosikan sebagai destinasi pelancongan ekologi. Yang Dipertua Dewan Negara, Senator Datuk Mutang Tagal berkata demikian susulan pelbagai

BERITA TERBARU

Kenangan raya terkurung, terkejut

JIKA ditanya mengenai tempoh paling menyeronokkan menyambut Hari Raya Aidilfitri, sudah pasti kebanyakan kita akan memilih zaman kanak-kanak. Apa tidaknya, ketika itu kita tidak perlu