Trending

IPD Kuching galak masyarakat gunakan perkhidmatan e-Reporting

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
E-mel

KUCHING: Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuching mengalakkan masyarakat memanfaatkan perkhidmatan e-Reporting yang disediakan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Ketua Polis Daerah Kuching Asisten Komisioner Ahsmon Bajah berkata, perkhidmatan yang disediakan itu akan memudahkan pengadu membuat laporan polis yang tidak berkaitan dengan kesalahan jenayah tanpa perlu hadir ke balai.

“Sistem e-Roperting merupakan inisiatif PDRM untuk memberikan perkhidmatan terbaik, pejabat ini mengalakkan masyarakat membuat aduan insiden yang tiada kaitan dengan jenayah atau tidak memerlukan siasatan lanjut oleh pihak polis secara dalam talian.

“Penggunaan sistem ini adalah terhad kepada warganegara Malaysia yang berusia 18 tahun dan ke atas serta hendaklah mendaftar dalam sistem ini dan ia boleh diakses pada bila-bila masa,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Beliau berkata, jenis aduan yang boleh dibuat laporan iaitu hilang atau tercicir kad pengenalan, lesen memandu atau kad ATM, hilang telefon bimbit, hilang komputer riba, hilang cukai jalan, pembantu rumah lari (tujuan permohonan pembatalan permit pembantu rumah sahaja) dan kehilangan, kerosakan peralatan atau dokumen akibat bencana alam.

Katanya, aduan boleh dibuat di https://ereporting.rmp.gov.my/index.aspx.

Beliau berkata, sebarang pertanyaan boleh menghubungi Pejabat Hal Ehwal Awam IPD Kuching di talian 082-241133.

Suka artikel:

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

E-Paper

22 September 2023

Berita Terbaru