Restoran Puzzle saji pelbagai menu istimewa pakej bufet Ramadan

IPD Kuching seru orang awam bantu kesan 39 individu dikehendaki

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
Email
Ketua Polis Daerah Kuching Asisten Komisioner Ahsmon Bajah ketika sidang media khas berkaitan Kes Orang Dikehendaki JSJ IPD Daerah Kuching
Ketua Polis Daerah Kuching Asisten Komisioner Ahsmon Bajah ketika sidang media khas berkaitan Kes Orang Dikehendaki JSJ IPD Daerah Kuching

KUCHING: Seramai 39 individu dikehendaki Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuching bagi membantu siasatan kes berkaitan jenayah sejak tahun 2000 sehingga kini.

Ketua Polis Daerah Kuching Asisten Komisioner Ahsmon Bajah berkata, 36 daripadanya adalah lelaki, manakala yang lain merupakan dua orang wanita warga tempatan dan seorang wanita Indonesia.

“Daripada 39 individu, lapan kes melibatkan jenayah berat yang membawa hukuman penjara 10 tahun dan ke atas.

“Manakala 11 orang terlibat dengan pelbagai jenayah harta benda dan 20 orang lagi membabitkan lain-lain kesalahan jenayah,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media khas berkaitan Kes Orang Dikehendaki Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuching di Bilik Mesyuarat JSJ, IPD Kuching, hari ini.

Menurutnya, kesemua individu terbabit berumur dalam lingkungan 24 sehingga 60 tahun.

“Kes tertua iaitu pada tahun 2011 melibatkan kes bunuh oleh seorang individu berusia 50 tahun ketika itu (kini 60 tahun),” jelasnya.

Tambahnya, daripada jumlah 39 individu itu, tiga lelaki penjawat awam telah dibuang kerja susulan terlibat dengan kes jenayah termasuk rogol, mencuri dan pembolosan (lari daripada tugas).

“Kita telah melaksanakan beberapa siri operasi untuk mengesan serta menjejak, namun setakat ini masih belum dapat diselesaikan,” katanya.

Beliau turut menggesa orang awam untuk berkongsi maklumat agar semua individu tersebut dapat dikesan bagi menyelesaikan siasatan kes.

Orang awam yang mempunyai maklumat boleh menghubungi Ketua Bahagian Siasatan Jenayah DSP Mohd Hafizi Ishak pada talian 017-2336343 atau melalui Pegawai Operasi ASP Baharudin Sabang di talian 013-5654600.

DIKEHENDAKI… 39 individu yang diburu pihak polis

E-Paper

21 Mac 2023

Latest News