HSL berbuka puasa bersama pengamal media di Sarawak.

IPD Kuching siap siaga hadapi banjir

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
Email
Superintendan Merbin Lisa menyampaikan amanat pada Perhimpunan Bulanan IPD Kuching, di sini hari ini

KUCHING: Pegawai dan anggota Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuching berada pada kesiapsiagaan tinggi dalam menghadapi musim tengkujuh.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kuching Superintendan Merbin Lisa berkata, kesiapsiagaan tersebut meliputi aset pasukan yang siap sedia digerakkan bila-bila masa jika berlaku.

“Dengan pengalaman yang lepas, kita membuat penambahbaikan berdasarkan kejadian yang berlaku sebelum ini agar tindak balas PDRM akan menjadi lebih bersedia dan cekap dalam menghulurkan bantuan ke lokasi dan mangsa banjir.

“Pihak kita turut mengadakan Latihan Dalam Perkhidmatan (LDP) kepada pegawai dan anggota IPD bagi memantapkan penugasan yang akan dilaksanakan jika berlaku banjir,” katanya dalam ucapan Perhimpunan Bulanan IPD Kuching, di sini hari ini.

Bagi menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) ke-15, Merbin berkata, kesiapsiagaan pegawai dan anggota IPD Kuching turut diambil perhatian.

Menurutnya, mereka perlu menjalankan tugas dengan profesional bagi mengelak implikasi negatif dan mampu mencemar imej PDRM.

Katanya, IPD Kuching melalui Bahagian Ketenteraman Awam dan Cawangan Latihan telah dan sedang merancang LDP.

“Ia bagi memantapkan pengetahuan, tanggungjawab masing-masing serta bidang kuasa di bawah Akta Pilihan Raya 1954 dan lain-lain peruntukan undang-undang dalam melaksanakan penugasan sepanjang PRU nanti,” jelasnya.

Beliau memberitahu, Ketua Polis Negara juga telah mengeluarkan arahan pada 14 September lalu berkaitan usaha-usaha memantapkan amalan kesantunan bahasa dalam menyampaikan perkhidmatan PDRM.

Katanya, sebagai pegawai penguat kuasa perlu mengekalkan tahap profesionalisme yang tinggi sepanjang menjalankan tugas khas semasa menjalankan penugasan PRU 15 kelak.

Beliau dalam pada itu turut menasihatkan pegawai dan anggota polis serta pegawai awam IPD Kuching agar sentiasa menjaga integriti dan disiplin sepanjang bertugas mahupun di luar bagi menjaga imej PDRM agar sentiasa dihormati dan dipandang tinggi oleh masyarakat.

Tegasnya, sebarang pelanggaran disiplin akan diambil tindakan sewajarnya mengikut kesalahan yang dilakukan.

TAHNIAH… Superintendan Merbin Lisa menyerahkan sijil penghargaan kepada Sarjan Wan Aziz yang telah berkhidmat selama 33 tahun.

 

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

E-Paper

31 Mac 2023

Berita Terbaru