ARTIKEL

IPD Kuching teliti kesihatan pegawai trafik mengantuk

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuching sedang meneliti keadaan kesihatan seorang pegawai polis trafik yang videonya kelihatan mengantuk ketika menjalankan tugas.

Ketua Polis Daerah Kuching Asisten Komisioner Ahsmon Bajah berkata ia untuk tindakan lanjut, susulan rakaman video berdurasi 14 saat itu tular di Facebook, semalam.

“Pejabat ini akan meneliti keadaan kesihatan petugas berkaitan untuk tindakan lanjut.

“Pihak polis mengucapkan penghargaan kepada netizen yang prihatin dengan pegawai berkenaan,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Beliau turut mengesahkan kejadian itu berlaku pada 10 Februari lalu di Bulatan Uplands, di sini.

Jelasnya ia melibatkan penugasan kawalan kesesakan lalu lintas.

BERITA LAIN

Geran MRP dan Unifor harus digunakan sepenuhnya

PADAWAN: Penerima geran Projek Kecil Luar Bandar (MRP) dan geran Unit Hal Ehwal Agama Lain (UNIFOR) diingatkan untuk menggunakan sepenuhnya peruntukan yang dipohon. Timbalan Menteri

Rakyat Sarawak ada bakat dalam bidang klinikal

KUCHING: Kerjasama antara syarikat farmaseutikal dan bioteknologi multinasional AstraZeneca dengan Pusat Penyelidikan Klinikal (CRC) Hospital Umum Sarawak (HUS) menunjukkan bahawa rakyat tempatan juga memiliki bakat

BERITA TERBARU

Polis tumpas geng Apekaktif curi motosikal

KUALA LUMPUR: Polis menumpaskan sindiket mencuri motosikal yang aktif sejak enam bulan lepas dengan penahanan empat individu termasuk seorang wanita dalam serbuan berasingan sekitar Lembah Klang pada