Trending

IPD Miri buru tiga lelaki

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
E-mel

MIRI: Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Miri sedang memburu tiga lelaki tempatan yang dikehendaki bagi membantu siasatan di bawah Kanun Keseksaan (KK).

Ketua Polis Daerah Miri Asisten Komisioner Alexson Naga Chabu berkata suspek pertama dikenali sebagai Ngu Ing Khing, 36, bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 324 KK.

Suspek yang dikhendaki bagi membantu siasatan polis.

Manakala, katanya suspek kedua dikenali sebagai Muhammad Hafiz Remmy Iskandar, 29, yang dikehendaki bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 506 KK dan Seksyen 427 KK.

Alexson menambah seorang lagi suspek dikenali sebagai Muhammad Firdaus Ismail, 33, bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 506 KK dan Seksyen 427 KK.

Suspek yang dikhendaki bagi membantu siasatan polis.

“Orang ramai yang mengenali atau mempunyai maklumat mengenai suspek diminta menghubungi Pegawai Penyiasat, Inspektor Mohd Rayhan Albert di talian 011-10846959 atau 085- 433730,” katanya dalam kenyataan, semalam.

Suka artikel:

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

E-Paper

27 November 2023

Berita Terbaru