ARTIKEL

KAMI JUARA...Pemain Institut Pertanian Sarawak merakam gambar selesai majlis penyampaian hadiah.

IPS rangkul gelaran juara

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Pasukan Institut Pertanian Sarawak (IPS) berjaya merangkul gelaran juara Kejohanan Bola Sepak Piala Komuniti Mambong 2024.

Barisan kendalian Nasrul Johan (ketua jurulatih) berjaya menumpaskan Seratau (2-0) pada aksi final yang berlangsung di padang bola sepak Kampung Sinjok, Siburan hujung minggu lalu.

Sekali gus, menyaksikan barisan pemain Institut Pertanian Sarawak membawa pulang wang tunai RM5,000 selain piala dan pingat.

“Cukup gembira dengan kejayaan muncul juara pada saingan kali ini. Segalanya bukan mudah apabila diberi tentangan sengit pasukan lawan.

“Pujian kepada semua pemain atas semangat juang dipamer sepanjang perlawanan tersebut,” ujar Nasrul kepada Arena Suara Sarawak.

Manakala, wang tunai RM3,000 termasuk piala dan pingat diterima pemain Seratau selaku naib juara.

Dalam pada itu, pasukan Mambong FC menduduki tempat ketiga dan turut membawa pulang wang tunai RM1,000 selain piala dan pingat.

Kejohanan dua hari (22 dan 23 Jun) itu menghimpunkan 12 pasukan sahaja.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU