IPU Sri Aman menurun

KUCHING: Indeks Pencemaran Udara (IPU) di Sri Aman menurun kepada 239 setakat jam 8 pagi ini.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Sarawak, Mejar(PA) Ismail Mahedin berkata IPU turut menurun di Kuching dan Samarahan masing-masing pada 173 dan 154.

Manakala kawasan-kawasan lain meningkat iaitu Sarikei 157, Sibu 166, Bintulu 120, Mukah 137, Miri 125, ILP Miri 120 dan
Samalaju 102.

Ismail menambah sebanyak 17 tompok panas dikesan di Sarawak, Kalimantan 452 dan Sumatera 243.

Suara Sarawak