USAHAWAN, Iqbal Zulkefli, 29, pernah terpalit dengan kontroversi nyanyiannya yang teruk beralih fokus ke bidang lakonan.
“Saya tak boleh nak dedahkan, TV3 ada, Astro ada, filem pun ada dan masih dalam perbincangan.
“Saya nak serius dalam bidang lakonan. Kontroversi saya sudah kurang. Apa-apa pun, saya tak pernah marah peminat dan media.
“Saya rasa, kalau diberi markah mungkin dalam 20 markah paling kurang.
Masih banyak yang perlu dipelajari dan saya turut mengambil kelas lakonan,” katanya memetik media tempatan.
Ujar Iqbal, dia juga banyak menerima tawaran untuk menjadi penerbit, tetapi kalau untuk memberi sumbangan mungkin dimulakan dengan telefilem terlebih dahulu.