ARTIKEL

iR Radzi kembali dengan konsert sulung

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Penyanyi, komposer dan penulis lagu kelahiran Sarawak, iR Radzi, bakal mengubat kerinduan peminat menerusi konsert sulungnya, Sempurna Waktu iR Radzi Live in Concert, di Wisma Melayu Sarawak, di sini, pada 21 November ini.

Konsert bermula jam 8.15 malam dijangka menghimpunkan kira-kira 2,600 penonton menerusi zon tempat duduk dan kawasan berdiri, selain menampilkan lagu-lagu popular yang sinonim dengan penyanyi berkenaan.

iR Radzi ketika ditemui pemberita di pusat beli-belah The Hills, Kuching, baru-baru ini.

Menurut iR Radzi atau nama sebenarnya Mahamud Radzi Jamali ketika ditemui Suara Sarawak di pusat beli-belah The Hills, baru-baru ini, tarikan utama konsert itu ialah persembahan lagu runut bunyi (OST) drama televisyen dan filem popular, lagu yang sedang trending serta karya baharunya.

Antara lagu popular yang bakal dipersembahkan termasuk Aku Jatuh Hati Padamu, Atas Nama Cinta, Sungguh Ku Milikmu, Kau Milikku, Maafkan Aku Cinta dan Kau dan Aku Terus Bersama.

Konsert berkenaan turut menampilkan artis baharu serta beberapa artis jemputan kejutan yang akan diumumkan kemudian bagi memeriahkan persembahan.

Sebagai anak jati Sarawak, iR Radzi berharap masyarakat tempatan dapat hadir memberikan sokongan terhadap konsert sulungnya selain meraikan perkembangan industri muzik tempatan.

Sebahagian hasil jualan tiket konsert itu turut akan disalurkan kepada golongan yang memerlukan menerusi inisiatif kebajikan bersama pihak penganjur.

Tiket boleh dibeli secara dalam talian menerusi laman web rasmi iLasso Tickets atau dengan mengimbas kod QR pada bahan promosi rasmi konsert.

iR Radzi kembali dengan konsert sulung, “Sempurna Waktu”.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU

Wanita rentung dalam kebakaran

KUCHING: Seorang wanita berusia 35 tahun ditemukan rentung selepas dipercayai terperangkap dalam kebakaran sebuah rumah di Jalan Taman Kim Pang di sini, petang tadi. Jurucakap