ARTIKEL

Iran bebaskan kru kapal Portugal

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

TEHRAN: Iran membebaskan anak kapal Portugal yang dirampas tenteranya bulan ini di Teluk.

Kor Pengawal Revolusi Islam mengambil alih MSC Aries dengan 25 anak kapal di atas kapal itu, berhampiran Selat Hormuz pada 13 April.

Tehran kemudiannya berkata, kapal itu milik musuh ketatnya Israel dan sedang disiasat atas dakwaan pelanggaran undang-undang maritim antarabangsa.

“Isu kemanusiaan berhubung pembebasan kru kapal itu amat membimbangkan kami,” kata Menteri Luar Iran Hossein AmirAbdollahian dalam perbualan telefon dengan rakan sejawatannya dari Portugal, Paulo Rangel.

“Kami memberikan akses konsular kepada duta mereka di Tehran dan mengumumkan kepada utusan bahawa anak kapal tersebut dibebaskan dan diekstradisi,” katanya yang dipetik sebagai berkata dalam satu kenyataan daripada kementeriannya, tanpa mengulas lanjut.

Susulan rampasan kapal itu, Portugal memanggil duta Iran untuk menuntut pembebasan segera.

Pada 18 April, India menyatakan bahawa salah seorang daripada 17 anak kapal warga India pulang ke tanah air dan yang lain diberikan akses konsular

. “Mereka berada dalam keadaan sihat dan tidak menghadapi sebarang masalah di atas kapal.

“Berhubung kepulangan mereka, terdapat beberapa teknikal yang terlibat di dalamnya,” kata jurucakap Kementerian Luar India pada Khamis.

Penyitaan kapal itu berlaku beberapa jam sebelum Iran melakukan serangan langsung pertamanya ke atas Israel, melancarkan ratusan dron dan peluru berpandu.

BERITA LAIN

17,034 warga emas Jepun meninggal sendirian

TOKYO: Satu tinjauan terkini oleh Agensi Polis Kebangsaan Jepun (NPA) menunjukkan bahawa 17,034 warga emas yang tinggal bersendirian meninggal dunia di rumah di seluruh negara

UAE sumbang bantuan 100 tan makanan, perubatan

ABU DHABI: Emiriah Arab Bersatu (UAE) pada Sabtu menghantar pesawat bantuan pertama yang membawa 100 tan makanan, perubatan dan bantuan kemanusiaan untuk membantu mangsa banjir

Singapura tingkatkan langkah keselamatan

SINGAPURA: Singapura meningkatkan langkahlangkah keselamatan, termasuk di pusat pemeriksaan negara, susulan serangan di Balai Polis Ulu Tiram, Johor, pada Jumaat yang mengorbankan dua anggota polis

BERITA TERBARU