PRESIDEN Iran, Ebrahim Raisi mempertahankan program nuklear negara itu pada Perhimpunan Agung PBB di New York pada Selasa, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).
“Senjata nuklear tidak mempunyai tempat dalam doktrin pertahanan Republik Islam Iran,” kata Raisi dalam ucapannya kepada PBB. Sekatan antarabangsa tidak menghalang negara itu daripada maju, tambahnya.
Pada 2015, Tehran menandatangani perjanjian nuklear untuk menyekat pengayaan uranium secara drastik dan membenarkan pemeriksaan ketat Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA). – Bernama