ARTIKEL

Iraq gali semula 605 mayat yang dibunuh Daesh

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KAHERAH: Iraq menggali semula 605 mayat yang dipercayai mangsa pembunuhan Daesh, berhampiran sebuah penjara di utara Iraq sejak dua tahun lalu, menurut sebuah agensi kerajaan pada Isnin.

Daesh menguasai kebanyakan kawasan di utara Iraq pada 2014 dan dituduh melakukan kekejaman, lapor agensi berita Jerman (dpa).

Militan pengganas telah membawa kira-kira 600 banduan dari penjara di kawasan utara Badush dan membunuh mereka, kata Dhiaa Karim, ketua Jabatan Mass Graves di Yayasan Syuhada.

“Proses menggali semula kubur mengambil masa lebih dua tahun dan 605 mayat dipindahkan,” katanya pada sidang media di Baghdad, menurut agensi berita negara Iraq INA.

Mayat mereka diserahkan kepada pihak berkuasa untuk tujuan pengecaman.

Kumpulan pertama 78 mayat dalam kalangan mangsa berjaya dikenal pasti, kata ketua Jabatan Perubatan Forensik, Zeid Ali.

Kerajaan Iraq mengisytiharkan kemenangan ke atas Daesh pada Disember 2017.

Sejak itu Iraq telah menggali kubur yang dipercayai mangsa pembunuhan pengganas di beberapa kawasan di negara itu. – BERNAMA

BERITA LAIN

Thailand serah surat rasmi sertai BRICS

BANGKOK: Thailand secara rasmi telah menghantar surat hasrat untuk menyertai organisasi antara kerajaan yang terdiri daripada Brazil, Rusia, India, China dan Afrika Selatan, yang dikenali dengan

BERITA TERBARU